DAP Ada Team A, B: Loke Menggelupur


Penafian keras Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, terhadap dakwaan kewujudan ‘Team A’ dan ‘Team B’ dalam DAP tidak lebih daripada satu usaha defensif untuk menutup realiti kelemahan pengurusan dalaman parti itu sendiri. Reaksi emosional yang dipamerkan Loke sebenarnya membuka lebih banyak persoalan berbanding menutup perbahasan yang dibangkitkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Hakikatnya, percanggahan kenyataan antara pemimpin utama DAP sejak sekian lama bukan lagi rahsia politik. Isu-isu melibatkan dasar, sentimen Melayu-Islam, pendidikan, perkauman dan hubungan antara kaum sering memperlihatkan nada yang tidak seiring antara pimpinan pusat, pemimpin negeri dan tokoh tertentu dalam DAP. Dalam politik, percanggahan yang berulang dan sistematik biasanya berpunca daripada perbezaan pengaruh atau kepentingan dalaman, walau apa pun label yang cuba dielakkan.

Apabila Loke menafikan dakwaan itu dengan hujah “tidak logik” kononnya beliau akan mendedahkan urusan dalaman parti kepada pihak luar, persoalannya bukan soal siapa bercerita kepada siapa tetapi mengapa wujud terlalu banyak suara yang bercanggah dalam satu parti yang mendakwa dirinya paling berdisiplin. Penafian tanpa penjelasan substantif hanya mengukuhkan persepsi bahawa DAP berdepan masalah penyelarasan dan kawalan mesej yang serius.

DAP tidak boleh terus berlindung di sebalik slogan “satu pasukan” sambil menutup mata terhadap realiti dalaman sendiri. Dalam politik matang, kewujudan kumpulan berbeza pandangan bukan perkara luar biasa, yang bermasalah ialah apabila ia dinafikan secara total, sedangkan kesannya jelas terpancar melalui kenyataan bercanggah yang mengelirukan rakyat dan rakan gabungan.

Zahid memang berjiwa besar apabila meminta maaf jika Loke terasa hati Cuma kenapa geng Guan Eng, Kit Siang semuanya kalah teruk dalam pemilihan yang lalu?



Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.