Anak Syarikat Kerajaan Negeri: Berapa Ramai Lagi Pemimpin Luar ‘Mencari Makan’ di Terengganu?

Ahmad Nazri Yusoff

Amalan Kerajaan PAS Terengganu melantik pemimpin politik dan tokoh berkepentingan dari luar negeri untuk menerajui syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kembali mencetuskan persoalan besar dalam kalangan rakyat.

Isu ini bukan baharu. Sejak tahun 2024, pelantikan tokoh PAS dari luar Terengganu ke jawatan strategik negeri sudah menjadi polemik, namun Menteri Besar, Ahmad Samsuri Mokhtar memilih untuk berdiam diri. Kini, persoalan itu kembali memuncak apabila Aliakbar Gulasan, Ahli Dewan Undangan Negeri Karambunai dari Sabah, dikatakan turut dilantik sebagai pengerusi sebuah GLC di Tawau yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Terengganu?

Pelantikan tersebut menimbulkan persoalan apakah Terengganu sudah ketandusan anak jati yang berkelayakan sehingga kepentingan strategik negeri perlu diserahkan kepada pemimpin politik dari luar?

Lebih membimbangkan, ia mengukuhkan persepsi bahawa Terengganu sedang dijadikan medan “mencari makan” oleh tokoh-tokoh luar yang rapat dengan kepimpinan PAS, sedangkan anak tempatan terus diketepikan.

sumber

Isu ‘belanja duit rakyat’ ini menjadi lebih sensitif apabila Kerajaan PAS Terengganu dilihat sering mengadakan mesyuarat Exco di Kuala Lumpur, bertempat di hotel mewah. Persoalan yang berbangkit bukan sekadar lokasi, tetapi kos keseluruhan yang terlibat meliputi penginapan, perjalanan, elaun, serta penglibatan ahli keluarga Exco dan staf pengiring. Namun, sehingga kini, tiada penjelasan telus diberikan kepada rakyat.

Lebih mengelirukan, jentera siber pembela kerajaan PAS tampil memainkan naratif kononnya mesyuarat tersebut adalah “amalan biasa” atas alasan protokol, iaitu Menteri Besar perlu menghadap Tuanku Sultan sebelum mesyuarat dan apabila Tuanku berada di Kuala Lumpur, maka mesyuarat turut diadakan di sana. Naratif ini cuba mengaburkan isu sebenar dan secara tidak langsung menyamakan kebijaksanaan rakyat dengan propaganda murahan.

Hakikatnya, nama istana Terengganu bukan alasan untuk menutup kelemahan tadbir urus kerajaan negeri.

Persoalan pelantikan tokoh luar ini turut ditegaskan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Ahmad Nazri Yusoff pada tahun 2024 melalui portal berita yang menyifatkan amalan tersebut sebagai bukti jelas kegagalan PAS-PN Terengganu membina kepimpinan dan bakat tempatan.

Ketika itu beliau merujuk kepada pelantikan Ahli Parlimen Tangga Batu, Bakri Jamaluddin sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif TDM Berhad, sebuah syarikat perladangan milik Kerajaan Negeri Terengganu.

sumber

Menurut Nazri, pelantikan tokoh luar secara berterusan mencerminkan ketandusan pemimpin pelapis dan pentadbir berwibawa dalam PAS Terengganu sendiri. Tambah beliau mempersoalkan sama ada pemimpin PAS Terengganu benar-benar tidak mempunyai kelayakan professional atau kepimpinan negeri sememangnya tidak mempercayai keupayaan anak jati Terengganu untuk memimpin aset strategik negeri.

BACA di SINI dari sumber

Persoalan ini tidak boleh lagi dijawab dengan retorik, alasan protokol dengan mengaitkan istana Terengganu atau serangan siber. Rakyat Terengganu berhak mendapat penjelasan berapa ramai lagi pemimpin luar telah dilantik?

Berapa kos sebenar yang ditanggung rakyat? Dan sampai bila anak jati Terengganu terus menjadi penonton di negeri sendiri?

Malah kes skandal pegawai YB Terengganu dengan janda dan cubaan ganggu isteri orang juga cuba ditutup? Adakah kisah ini hanya khabar angin? BACA di SINI

Aliakbar dilantik menjadi Pengerusi KMI Tawau, anak syarikat milik kerajaan negeri Terengganu di SINI.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.