Perikatan Nasional (PN) kini berada di persimpangan kritikal apabila menurut sumber, PAS dilaporkan hanya bersedia kekal dalam gabungan sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan Presiden BERSATU dan Pengerusi PN. Sumber dalaman Malaysia Hot mendedahkan lagi, desakan ini bukan sahaja terhadap Muhyiddin secara peribadi malah turut melibatkan hampir semua individu yang dianggap sebagai kroni beliau dalam parti.
Situasi ini menimbulkan spekulasi bahawa BERSATU bakal menghadapi transformasi besar-besaran termasuk kemungkinan pembubaran parti jika tekanan daripada PAS berterusan. Desakan PAS yang semakin melampau kini memasuki ruang campur tangan langsung dalam hal ehwal kepimpinan BERSATU sekali gus mencerminkan ketegangan dalaman yang semakin memuncak dalam PN.
Ketua Penerangan BERSATU mengesahkan bahawa parti itu berdepan tekanan serius daripada PAS dengan kepimpinan mereka dituntut untuk bertukar demi memastikan kelangsungan gabungan. Situasi ini turut diperkuatkan oleh pandangan pakar strategik, Nurul Islam Mohamed Yusoff dari Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) yang menekankan bahawa naratif utama yang cuba dibawa oleh Ketua Penerangan BERSATU adalah bahawa Tan Sri Muhyiddin kecewa kerana parti itu konfrontasi dengan Istana. Menurutnya, inilah adalah gambaran yang salah.
Lebih membimbangkan, naratif ini memberi isyarat bahawa PAS kini mengambil pendekatan agresif dan dominan, berani mempengaruhi keputusan strategik BERSATU serta membentuk semula hala tuju politik PN. Tekanan ini bukan sahaja menguji kesetiaan pimpinan BERSATU, tetapi turut menimbulkan persoalan tentang kestabilan gabungan menjelang Pilihan Raya Umum ke-16.
Dalam konteks ini, rakyat dijangka terus memerhati dengan penuh teliti pergerakan PAS dan BERSATU di mana setiap keputusan berkaitan jawatan tertinggi parti boleh memberi impak besar terhadap keseimbangan kuasa dalam PN. Sama ada PAS benar-benar akan mengekalkan kedudukan dalam gabungan atau BERSATU bakal berhadapan pembubaran hanya masa dan percaturan dalaman parti yang akan menentukan.
Malaysia Hot akan terus mengekori setiap perkembangan secara eksklusif, memberi fokus kepada implikasi politik yang melibatkan kuasa, strategi dan dominasi PAS dalam PN yang kini berada di detik paling kritikal sejak gabungan itu ditubuhkan.



Comments
Post a Comment