KENINGAU - Penduduk Kampung Biah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N45 Sook bersyukur bakal menerima wakil rakyat baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.
Ketua Wanita Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Sook, Angeline Jampadin berkata, rata-rata penduduk kampung itu lega apabila pelbagai isu yang mereka hadapi sejak 20 tahun lalu di kampung itu bakal diselesaikan wakil rakyat baharu dari Barisan Nasional (BN).
Calon BN DUN N45 Sook, Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup menang dengan majoriti 4.727 mengalahkan penyandang empat penggal dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Ellron Angin yang mendapat 3,580 undi pada PRN kali ini.
“Hari ini kami warga Sook di Kampung Biah sangat-sangat gembira kerana apa yang kami impikan selama in tercapai,” katanya ketika ditemui selepas pengumuman keputusan PRN ke-17 di kediaman Arthur malam ini.
Angeline berkata, mereka telah lama menunggu kemenangan BN di Sook terutama penduduk di Kampung Biah kerana mahukan perubahan di situ.
Katanya, Arthur berjaya menembus kubu kuat Ellron di Kampung Biah apabila kesemua lima saluran di Pusat Daerah Mengundi kawasan itu disapu bersih BN selepas proses mengundi selesai.

Comments
Post a Comment