Sepupu wakil rakyat tetapi susah mohon bantuan

Jamileh Ansugang

Syafinaz Azizi

KENINGAU - Walaupun sepupu, tetapi hidup seperti diabaikan. Langsung tidak ambil tahu atau menjenguk masalah ahli keluarga.

Itu apa yang diluahkan bekas Ketua Kampung Biah Tengah, Jamileh Ansugang yang kecewa dengan wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook, Datuk Ellron Angin dekat sini yang mempunyai pertalian kekeluargaan dengan beliau.


"Saya ini dengan dia (Ellron) bukan orang lain, kami sepupu. Tetapi dia tidak pernah datang bertanya khabar kepada saya, tambahan lagi saya ada anak orang kurang upaya (OKU).

"Tidak pernah dia datang bagi bantuan. Saya ada mohon bantuan untuk anak OKU saya dari pejabatnya tetapi gagal kerana banyak karenah pejabat," katanya.

Terasa hati dengan sikap Ellron itu maka Jamileh membuat keputusan mahu memilih wakil rakyat yang lain yang mampu membantu rakyat dengan lebih ikhlas dan sama rata.

Katanya, agak sukar baginya untuk berjumpa dan memohon bantuan dengan sepupunya itu walaupun mereka tinggal sekampung di situ.

"Dia baik bukan tidak baik tetapi orang sekelilingnya yang susahkan saya untuk berjumpa dengannya," katanya.

Jamileh berkata, Ellron tahu keadaan hidup dia dan anaknya itu namun tidak mengambil peduli nasib mereka walaupun tinggal tidak jauh antara satu sama lain.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.