Shafie Apdal pernah memegang beberapa portfolio penting dalam kerajaan persekutuan termasuk jawatan sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Pengguna (2004–2008) dan Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (Rural and Regional Development) (2009–2015) sebelum menjadi Ketua Menteri Sabah pada 12 Mei 2018 sehingga 29 September 2020.
Sepatutnya dengan latar belakang jawatan-jawatan ini, jumlah 300,000 rakyat Sabah bekerja di Semenanjung tidak keluar dari mulut Sahfie Apdal.
Namun naratif kempen Shafie kini cuba menampilkan beliau sebagai ‘hero rakyat’ yang prihatin kononnya dia mampu sediakan peluang pekerjaan sekiranya dia menjadi Ketua Menteri bagi kali kedua?
Rakyat Sabah tidak memerlukan lakonan belas kasihan, mereka memerlukan dasar yang mampu membuka peluang kerja berkualiti, mengekalkan bakat tempatan dan membina ekonomi negeri yang berdaya tahan.
Sehingga bukti dasar dan hasil nyata dipamerkan, wujud hakikat bahawa janji kempen mesti ditimbang dengan rekod prestasi dan rekod prestasi itu untuk isu pekerjaan menunjukkan kelemahan yang nyata sepanjang tempoh kepimpinan dan pengaruh politik Shafie Apdal.

Comments
Post a Comment