Japirin mengundi di SK Kundasang


TUNAI KEWAJIPAN…calon Barisan Nasional (BN), Japirin Sahadi menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 di Sekolah Kebangsaan (SK) Kundasang dekat pekan Kundasang, Sabah, hari ini.

Beliau yang merupakan calon No. 8 di DUN tersebut (N36) dan mewakili Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) berada di pusat mengundi kira-kira pukul 10.29 pagi tadi.


Sebaik tiba di perkarangan sekolah berkenaan, Japirin sempat meluangkan masanya beramah mesra dengan penduduk tempatan yang turut berada di situ untuk mengundi.

Japirin selesai melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pengundi sekitar pukul 10.42 pagi dan proses pengundian itu dijangka berakhir pada pukul 5 petang ini.

Bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Dr. Ewon Ebin sewaktu beliau dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu kali pertama menjadi calon di peringkat DUN pada PRN kali ini.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.