Hajiji Angkat Sumpah Ketua Menteri Yang Baharu


Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah untuk penggal kedua awal pagi ini.

Hajiji, yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Musa Aman dalam istiadat di Istana Seri Kinabalu.

Turut hadir Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Masidi Manjun, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali juga Timbalan Setiausaha Agung GRS, Speaker DUN Sabah Datuk Seri Kadzim M Yahya, Peguam Besar Negeri Sabah Datuk Brenndon Keith Soh dan Setiausaha Sulit Musa iaitu Izharuddin Jalaludin.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Azizah Nawawi menyaksikan Hajiji menandatangani dokumen berkaitan.

Mengikut keputusan rasmi, GRS mendahului pesaing dengan memperolehi 29 kerusi manakala pencabar terdekatnya iaitu Parti Warisan (Warisan) memperoleh 25 kerusi diikuti Barisan Nasional (BN) (6), UPKO (3) dan STAR (2).

Sebanyak 73 kerusi DUN dipertandingkan pada pilihan raya kali ini.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.