Rohana Man
SOOK: Projek Taman Tasik Pekan Sook yang terbengkalai bukan sahaja menjadi bukti nyata kegagalan wakil rakyat terdahulu menunaikan janji kepada penduduk, malah merugikan wang rakyat yang digunakan untuk membina taman tersebut.
Taman yang memiliki kolam yang dipenuhi pokok teratai putih itu terletak di tepi Jalan Keningau-Tawau, berhadapan blok bangunan Sook Point di pekan Sook.
Tinjauan penulis mendapati beberapa kemudahan sudah siap iaitu laluan pejalan kaki mengelilingi kolam, sebuah pondok rehat dan jambatan.
Laluan pejalan kaki dipenuhi rumput menjalar, manakala jambatan sudah reput dan dipenuhi pokok memanjat.
Sayang sekali projek yang mungkin menelan kos berpuluh ribu ringgit siap separuh jalan dan tidak boleh digunakan.
Nampak gayanya, anak muda Sook yang ingin menjalani gaya hidup sihat dan cergas di taman tersebut hanya tinggal impian.
Nak keluar joging di keliling kolam hanya tinggal mimpi lantaran semak-samun dan rumput tebal yang mungkin menjadi ‘rumah’ kepada haiwan berbisa seperti ular atau lipan.
Namun jika calon muda Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah, Dewan Undangan Negeri (DUN) N.45 Sook, Calon No 4, Dato’ Arthur Joseph Kurup menang esok, impian anak muda Sook untuk bersantai dan menjalankan aktiviti rekreasi di taman tersebut akan tercapai.
Sudah tentu wakil rakyat baharu akan menyambung semula projek yang terbelangkai itu.

Comments
Post a Comment