Di Sebalik Menang 6 Kerusi: Barisan Nasional Masih Diperlukan Di Sabah


Gelombang sentimen “Sabah for Sabahan” yang dimainkan secara agresif sepanjang kempen pilihan raya kali ini jelas mempengaruhi pola fikir pengundi.

Naratif autonomi, emosi kenegerian dan persepsi “parti pusat tidak memahami denyut nadi Sabah” berjaya mencipta gerakan psikologi besar-besaran sehingga mengubah bentuk sokongan tradisi. Walaupun demikian, keputusan yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) tetap meraih 6 kerusi membuktikan satu hakikat penting bahawa BN masih mempunyai tapak kukuh dan tetap diperlukan sebagai tiang penstabil politik Sabah.

Slogan ‘Sabah for Sabahan’ digunakan sebagai senjata politik untuk menggambarkan bahawa hanya parti tempatan mampu menjaga masa depan Sabah. 

Ia berjaya mempengaruhi sebahagian pengundi melalui emosi kenegerian dengan menampakkan parti tempatan sebagai simbol “perjuangan anak negeri”, naratif negatif terhadap parti nasional, kononnya parti pusat tidak memberikan cukup perhatian kepada Sabah dan manipulasi janji pembangunan menuduh pihak lawan gagal menunaikan komitmen walaupun hakikatnya sebahagian besar projek mega, penyelesaian infrastrukur dan dana pembangunan datang daripada peruntukan persekutuan.






Namun apabila sentimen kembali reda selepas pilihan raya, percayalah rakyat yang peka akan mula bertanya, “Apakah parti tempatan benar-benar mampu memikul tanggungjawab mentadbir dan menepati janji?”

Walaupun GRS tampil dengan retorik memikat, persoalan asas tidak mampu disembunyikan. Antara komitmen besar yang masih tidak menampakkan hasil konkrit adalah janji peluang pekerjaan, isu infrastruktur asas, reformasi pentadbiran dan hak Sabah dalam MA63

Walaupun hanya memenangi 6 kerusi, angka ini tidak boleh dipandang kecil. Setiap kerusi tersebut lahir daripada kawasan yang memilih stabiliti, pengalaman dan kemampuan pentadbiran berbanding slogan retorik.

Rakyat Sabah perlu melihat BN sebagai penyemak imbang (Check & Balance) dan legasi pembangunan masih kekal iaitu ramai pengundi yang masih mengiktiraf pembangunan fizikal era BN, projek infrastruktur besar dan rekod pentadbiran yang lebih stabil.

Di saat parti lain menggunakan naratif emosi, BN tampil dengan mesej dasar dan pembangunan satu pendekatan yang akhirnya memikat pengundi rasional.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.