KENINGAU - Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menamatkan era malap pentas politik Sabah apabila Presidennya yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) N45 Sook, Dato' Sri Arthur Joseph Kurup yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) menang besar di Sook pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) dengan majoriti 4,727 undi.
![]() |
| Dato' Sri Arthur Joseph Kurup melihat keputusan rasmi DUN N45 Sook yang disiarkan dalam kiniTV di Keningau, Sabah. |
Arthur memperoleh 8,307 undi menewaskan pesaing terdekat dari Parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Ellron Angin yang meraih 3,580 undi.
Ellron adalah Menteri Belia dan Sukan Sabah
Pada PRN16 (2020), PBRS-BN kalah di semua kawasan DUN yang ditandingi iaitu di Kedamaian, Matagong,Tulid,Sook dan Tandip.
Tahun ini, PRN17, PBRS-BN hanya mempertaruhkan dua kerusi di Sook dan Kundasang.
Arthur yang juga Naib Pengerusi BN bukan sahaja menang bergaya, malah mencatat kemenangan luar biasa.
Setakat pukul 9.45 malam ini, PRN17 menyaksikan BN menang di 12 DUN iaitu di Sekong, Lamag, Kunak, Sook, Bongawan, Usukan, Sukau, Sg Manila, Bengkoka, Sg Sibuga, Tanjung Keramat dan Liawan.


Comments
Post a Comment