Arthur Joseph Kurup buang undi di SK Ansip




Faizah Izzani Zakaria

KENINGAU - Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) N45 Sook, Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup hari ini menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 di sini hari ini.

Arthur tiba bersama isteri, Datin Sri Stella Boklin di Pusat Mengundi di Sekolah Kebangsaan Pekan Ansip pada jam 7.25 pagi ini.


Beliau masuk ke bilik mengundi saluran 2 pada 7.30 pagi dan selesai membuang undi 10 minit kemudian.

Arthur, 43 yang juga Ahli Parlimen Pensiangan selama dua penggal bertanding buat kali pertama di peringkat DUN pada kali ini.

Beliau juga merupakan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.