![]() |
| poster sedang viral |
Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, tumpuan rakyat bukan lagi sekadar kepada manifesto atau janji politik tetapi kepada persoalan moral, integriti dan maruah.
Penganalisis politik tempatan menyifatkan PRN kali ini berpotensi menjadi “pilihan raya paling jijik dalam sejarah Sabah” sekiranya nama-nama yang terpalit dengan skandal rasuah projek lombong mineral seperti yang didedahkan oleh ahli perniagaan kontroversi, Albert Tei masih dibenarkan bertanding mewakili parti-parti besar.
Dalam video yang tersebar luas di media sosial, Albert Tei tampil dengan siri pendedahan berani melibatkan beberapa individu berprofil tinggi dalam pentadbiran kerajaan negeri yang dikaitkan dengan projek perlombongan mineral bernilai ratusan juta ringgit di pedalaman Sabah.
Antara nama yang disebut secara jelas dalam rakaman tersebut ialah Datuk Seri Panglima Jeffrey Kitingan, Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan. Malah nama Hajiji juga turut terkait?
Turut disebut dalam konteks projek sama ialah beberapa individu dipercayai orang kepercayaan Hajiji dalam GRS?
“Khazanah Sabah akan menjadi mangsa perompak hasil negeri jika wajah-wajah ini terus diberi kuasa,” kata seorang penganalisis politik tempatan yang enggan dinamakan.
Menurutnya, pendedahan Albert Tei ini bukan sekadar skandal biasa tetapi menyerlahkan kerakusan politik dan pengkhianatan terhadap prinsip ‘Sabah for Sabahan’ yang sering dilaungkan oleh pemimpin GRS sendiri.
Beliau menambah bahawa jika rakyat benar-benar ingin menyelamatkan masa depan Sabah, mereka perlu menolak calon yang terbukti menggunakan kuasa untuk memperkayakan diri dan kroni.
Slogan “Sabah for Sabahan” kini menjadi sindiran di media sosial. Poster sinis yang tersebar memaparkan imej pemimpin-pemimpin tertentu GRS dengan kapsyen seperti “Sabah for Cronies” menzahirkan kemarahan rakyat terhadap kerakusan yang semakin terbuka.
Lebih menyedihkan, projek lombong mineral yang sepatutnya memberi manfaat ekonomi kepada rakyat tempatan kini dilihat berubah menjadi lombong kekayaan kepada segelintir elit politik yang rakus dan tamak.
“Jika benar mereka mahu perjuangkan nasib rakyat, mengapa rakyat tidak nampak hasilnya? Mengapa hasil bumi yang sepatutnya milik anak Sabah menjadi hak segelintir individu yang berpakat dengan syarikat luar?” soal seorang aktivis muda di Ranau.
Menjelang PRN Sabah ke-17, mesejnya jelas bahawa arkyat Sabah tidak boleh lagi diperdaya dengan slogan dan retorik murahan.
Jika benar perjuangan mereka untuk Sabah, maka biarlah negeri ini diterajui oleh pemimpin yang bersih, bebas daripada skandal dan benar-benar mengutamakan rakyat bukan poket sendiri.
PRN kali ini bukan sekadar perlawanan antara parti politik. Ia adalah referendum moral antara kerakusan dan kejujuran, antara perompak dan pejuang sebenar Sabah.

Comments
Post a Comment