![]() |
| poster sedang tular dan bukan kepunyaan Malaysia Hot |
Tular poster pelik di media sosial dikatakan manifesto PAS Sabah untuk PRN ke-17. Antara “janji politik suci” mereka ialah mengharamkan pemakanan ulat mulong untuk orang Islam, menutup pusat judi dan premis arak.
Menurut pemerhati politik Borneo ianya kedengaran seperti “Blueprint Serambi Mekah Borneo”, bukan manifesto pilihan raya.
“Kalau di Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah boleh dilaksanakan, di Sabah pun boleh,” kata penyokong tegar PAS di Karambunai.
Sabah yang selama ini terkenal dengan harmoni dan toleransi, kini disasarkan sebagai tanah eksperimen ideologi agama oleh parti PAS – Perikatan Nasional.
Slogan mereka mungkin “Islam Sejahtera”, tetapi rakyat Sabah tahu setiap kali PAS datang yang sejahtera itu hanya pemimpin mereka bukan rakyat.
Apa yang dibimbangkan oleh masyarakat Sabah adalah penggunaan masjid dan surau sewenangnya seperti yang kecoh dalam beberapa minggu ini berkenaan calon PAS, Aliakbar Gulasan yang dikatakan begitu bebas membaca khutbah Jumaat tanpa teks?
Alasan mereka adalah mudah, kononnya untuk “memudahkan dakwah”, tetapi hakikatnya memudahkan politik PAS.
![]() |
| sedang viral di media sosial |
PAS sudah lama terkenal dengan strategi “menunggang masjid” yang mana akan bermula dengan ceramah agama dan diakhiri dengan kempen politik.
Inilah cara mereka memperluaskan pengaruh, bukan melalui dasar ekonomi, bukan melalui kebajikan rakyat tetapi melalui mimbar dan mikrofon.
Lucunya juga(jika benar), dalam semua isu yang boleh dibincangkan, mereka memilih ulat mulong makanan tradisi yang jadi kebanggaan masyarakat Sabah.
Bagi rakyat Sabah, ulat mulong bukan soal halal-haram tetapi soal identiti budaya. Mengharamkannya seolah-olah cuba mengharamkan sebahagian jiwa rakyat Sabah.
Hari ini ulat mulong, esok mungkin tarian Sumazau pula akan dikritik, lusa siapa tahu mungkin Pesta Kaamatan akan dianggap tidak Islamik. Itulah corak langkah kecil yang membawa padah besar iaitu menimbulkan kegusaran awam.
PAS nampaknya cuba menjual semula naratif lama mereka “kita mahu negeri Islam contoh”. Tapi rakyat Sabah sedar, di Kelantan dan Terengganu, ekonomi mati, air tiada, tetapi hukum politiknya menjadi pegangan “walaunism”.
Sabah bukan Kelantan. Rakyatnya tidak hidup dengan ceramah tetapi dengan kerja keras dan keharmonian antara kaum.
PAS boleh berkhutbah sebanyak mana pun tetapi selagi mereka tidak faham jiwa Sabah, impian menjadikan negeri ini Serambi Mekah Borneo akan kekal sebagai lawak politik.
Rakyat Sabah tidak menolak Islam tetapi mereka menolak politik yang berselindung di sebalik agama.
Sabah tidak perlukan Serambi Mekah.
Sabah perlukan Serambi Perpaduan.


Comments
Post a Comment