“Makmal Politik”: Wakil Rakyat GRS Berniat Jahat Terhadap Zahid



Kenyataan Datuk Seri Ruddy Awah yang menempelak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kononnya UMNO yang menjadikan Sabah sebagai “makmal politik” dilihat sebagai satu bentuk serangan murahan penuh niat jahat daripada seorang wakil rakyat yang sendiri sedang berpaut pada dahan rapuh politik Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Zahid Hamidi dalam kenyataan jelas menegaskan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 akan menjadi “makmal politik” bagi menguji persefahaman kerjasama antara PH dan BN, satu kenyataan strategik dan berpandangan jauh dan bukannya penghinaan terhadap rakyat Sabah.

Dah terlalu lama menjadi wakil rakyat...

Namun seperti biasa, pemimpin GRS yang gelabah kehilangan arah menafsirkan kenyataan itu secara salah demi mencipta sensasi politik murahan.

Ruddy Awah barangkali lupa Sejarah bahawa GRS lahir daripada pengkhianatan dan bukannya kestabilan malah lahir daripada rampasan mandat rakyat pada tahun 2020, lompat parti berjemaah hinggalah ke episod ahli politik ‘tukar baju’ tanpa rasa malu kepada rakyat.

GRS-lah yang mengekalkan imej Sabah sebagai “tapak eksperimen kuasa” paling tidak stabil di Malaysia.

Kalau Zahid bercakap soal makmal kerjasama politik, GRS pula sedang sibuk menjalankan makmal eksperimen perebutan kuasa. Itu yang sebenarnya.

Hari ini GAGASAN, esok STAR, lusa mungkin lompat ke PPBM semua dengan alasan “demi rakyat”. 

Realitinya, rakyat Sabah jadi bahan uji kaji sebenar kepada kerakusan kuasa mereka.

Apabila Ruddy menuduh UMNO, persoalannya apa yang telah GRS uji sejak memerintah? 

Adakah mereka menguji dasar pembangunan?

Adakah mereka menguji strategi ekonomi luar bandar?

Jawapnya mudah, tidak, yang diuji hanya kesetiaan wakil rakyat terhadap kerusi, bukan kepada pengundi.

Rudi, cermin diri sebelum bersuara…

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.