![]() |
| Bahan yang didakwa digunakan oleh Fan Page YB Warisan |
Portal Sabah News kini menjadi bahan jenaka di kalangan netizen selepas bertindak menyaman ADUN Warisan, Isnaraissah Munirah sebanyak RM1 juta, kononnya kerana fitnah terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor. Namun, tindakan terburu-buru itu jelas menunjukkan tahap kedangkalan dan kegopohan portal tersebut dalam memahami konteks undang-undang serta etika media.
Apa yang lebih memalukan, Sabah News dilihat gagal membezakan antara akaun rasmi milik ADUN tersebut dengan akaun peminat (fan club) yang tidak dikendalikan oleh beliau sendiri.
Dalam dunia digital hari ini, fan club politik bukan sesuatu yang baru malah kebanyakan tokoh politik mempunyai komuniti penyokong yang aktif menghasilkan kandungan secara sukarela.
“Sia-sia saja saman tersebut, carilah admin sebenar dan samanlah mereka,” ujar salah seorang penyokong Munirah yang mempersoalkan motif sebenar tindakan itu.
Lebih pelik, Sabah News yang selama ini mendakwa diri sebagai portal berita bebas langsung tidak menyiarkan pendedahan panas melibatkan isu rasuah berkumpulan beberapa ADUN GRS yang dikaitkan dengan video oleh ahli perniagaan Albert Tei. Isu besar itu senyap sunyi di portal mereka, seolah-olah wujud ‘tangan ghaib’ yang mengawal naratif untuk melindungi kepentingan politik tertentu.
Kalau benar Sabah News mahu dilihat berwibawa dan neutral, mengapa hanya memilih isu yang boleh menyerang pembangkan tetapi menutup mata terhadap kes-kes korupsi dalam blok kerajaan?
Lebih melucukan, Hajiji sendiri tidak pernah membuat kenyataan rasmi menafikan atau mengulas gelaran “Bapa Komisen” yang menjadi asas kepada saman tersebut. Maka, persoalannya atas kapasiti apa Sabah News begitu beriya-iya mahu menjadi ‘pembela nama’ Hajiji Noor?
Tindakan ini menimbulkan persepsi bahawa portal tersebut bukan lagi media bebas tetapi alat propaganda terselindung yang cuba menakut-nakutkan suara pembangkang termasuk suara rakyat.
Dalam iklim politik Sabah yang semakin matang, rakyat kini lebih bijak menilai mana satu portal yang jujur menyampaikan maklumat dan tidak akan menapis isu demi menjaga hati pemerintah. Apabila sebuah portal mula bertindak sebagai ‘penyerang upahan’, maka kredibilitinya sebagai media sudah pun dikuburkan oleh tindakannya sendiri.
Sabah News sepatutnya menumpukan kepada laporan berasaskan fakta dan integriti bukannya bertindak mengikut emosi politik sempit.



Comments
Post a Comment