Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, satu nama besar yang dahulu sering megah di pentas politik kini dikatakan menjadi “beban” kepada jentera parti sendiri, siapa lagi jika bukan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau juga adalah figura yang menjadikan PPBM dalam keadaan huru-hara sekarang.
Menurut sumber dalaman PPBM Sabah, keputusan untuk tidak membawa Azmin berkempen di negeri itu dibuat selepas mengambil kira sentimen akar umbi serta pandangan pimpinan tempatan yang menganggap kehadirannya hanya akan “menambah masalah” kepada kempen Perikatan Nasional (PN).
Difahamkan, pimpinan PPBM Sabah enggan mengambil risiko membawa individu yang masih terpalit dengan kontroversi lama, skandal semburit yang pernah menggegarkan negara pada bulan Ramadan beberapa tahun lalu di sebuah hotel di Sandakan.
Insiden yang dirakamkan ketika umat Islam berpuasa itu bukan sahaja mencemarkan imej politik nasional, malah terus menjadi bahan sindiran rakyat Sabah hingga ke hari ini.
“Walaupun Azmin cuba membersihkan imejnya dengan menukar gelang politik, namun luka itu belum sembuh di hati rakyat. Mereka masih ingat bagaimana skandal itu memalukan umat dan negara, apatah lagi berlaku dalam bulan yang mulia,” kata seorang pemimpin muda PN yang enggan dinamakan.
Tambahnya lagi, jentera PPBM Sabah sudah diberi arahan tidak menjemput Azmin ke mana-mana program rasmi kempen, malah beberapa poster awal yang menampilkan wajahnya telah ditarik balik bagi mengelak reaksi negatif di media sosial.
Akar umbi PPBM sendiri dikatakan gusar, bimbang imej parti yang cuba ditampilkan sebagai bersih akan tercemar sekiranya dikaitkan semula dengan episod hitam tersebut.
Beberapa penganalisis politik tempatan menyifatkan keputusan menyingkirkan Azmin daripada pentas kempen sebagai langkah realistik.
“Sabah bukan Semenanjung. Isu moral dan peribadi sering menjadi penilaian penting bagi pengundi di sini. Sekali tercalar, sukar untuk dipulihkan. Lebih baik jentera tempatan fokus kepada isu pembangunan dan kestabilan daripada memberi ruang kepada individu yang membawa bagasi lama,” ujar penganalisis politik tempatan.
Dengan perkembangan ini, PRN Sabah dilihat bakal menjadi medan ujian besar kepada PPBM yang kini berdepan perpecahan dalaman dan kehilangan kepercayaan rakyat.



Comments
Post a Comment