1MDB: Tiada Unsur Najib Salah Guna Kuasa - Datuk Hasnal


Prosiding kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini menumpukan kepada pertuduhan kedua terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menurut pihak pembelaan gagal memenuhi elemen penting di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Peguam Datuk Hasnal Rezua Merican menegaskan bahawa tindakan Najib tidak boleh disamakan dengan penyalahgunaan kuasa, sebaliknya adalah langkah sah dan statutori yang dilakukan dalam kapasiti beliau sebagai Menteri Kewangan merangkap wakil pemegang saham kerajaan dalam 1MDB.

Menurut Hasnal, dua tindakan yang menjadi asas pertuduhan iaitu pemerolehan saham Tanjong Energy Holdings Sdn. Bhd. dan Mastika Legenda Sdn. Bhd. bukan keputusan peribadi Najib tetapi keputusan korporat yang mematuhi struktur pentadbiran dan mandat undang-undang syarikat.


“Najib bertindak dalam kapasiti rasmi sebagai Menteri Kewangan, bukan sebagai individu yang mencari keuntungan peribadi. Setiap keputusan pelaburan dibuat berdasarkan proses korporat dan nasihat profesional, bukan secara unilateral,” kata Hasna.

Beliau turut menegaskan bahawa tiada bukti menunjukkan Najib menerima sebarang imbuhan peribadi atau manfaat kewangan hasil daripada transaksi berkenaan. Malah, segala tindakan tersebut dilaksanakan selaras dengan tanggungjawab kerajaan untuk memperkukuh aset strategik negara melalui 1MDB.

Pemerhati undang-undang melihat hujahan ini sebagai titik penting dalam menilai sama ada kes 1MDB ini benar-benar berpaksikan fakta atau dipengaruhi oleh tekanan politik yang mahu mengekalkan persepsi bersalah terhadap Najib.


KLIK DI SINI untuk video penjelasan penuh

Sejak awal, banyak pihak menegaskan bahawa kes ini lebih bersifat persepsi daripada realiti undang-undang di mana tindakan rasmi pentadbiran kerajaan dijadikan bahan serangan politik untuk mengekang pengaruh Najib dan Barisan Nasional.

Dalam konteks lebih luas, tindakan Najib ketika itu bertujuan menjadikan 1MDB sebagai pemangkin pembangunan strategik nasional termasuk pelaburan dalam tenaga, hartanah dan infrastruktur. Langkah itu bukan bersifat peribadi, sebaliknya selaras dengan dasar kerajaan untuk mengukuhkan pegangan Malaysia dalam sektor-sektor bernilai tinggi.

Perbicaraan ini bakal menentukan sama ada sistem kehakiman negara dapat membezakan antara tanggungjawab rasmi seorang Perdana Menteri dan tuduhan bermotif politik yang dibentuk selepas kejatuhan kerajaan BN pada 2018.

Kes 1MDB bukan sekadar ujian terhadap Najib Razak tetapi juga ujian terhadap integriti sistem keadilan dan ketelusan institusi negara. Jika mahkamah berpandukan bukti dan bukan persepsi, maka jelas bahawa tiada elemen salah guna kuasa yang boleh disabitkan kerana setiap keputusan yang dipersoalkan dilakukan dalam kapasiti rasmi kerajaan, bukan untuk kepentingan peribadi.

Bersambung minggu hadapan

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.