Yaa Hajiji, sudah lebih empat tahun Sabah berada di bawah kepimpinanmu. Mana pergi segala janji dan slogan manis yang diulang saban kali, realitinya kehidupan rakyat tidak banyak berubah.
Yaa Hajiji, yang kekal hanyalah wajah sama, masalah asas yang tidak pernah selesai, pembangunan yang tidak seimbang, dan kerajaan negeri yang lebih sibuk bergelut dengan perebutan kuasa daripada menyelesaikan penderitaan rakyat.
Yaa Hajiji, Sabah negeri yang kaya dengan sumber alam ini masih bergelut dengan masalah asas, bekalan air yang terputus-putus, jalan raya yang berlubang, peluang pekerjaan yang terbatas, dan kos sara hidup yang mencengkam.
Yaa Hajiji, rakyat Sabah sering dihidangkan dengan naratif bahawa negeri ini mempunyai hasil bumi melimpah ruah, minyak, gas, balak, sawit, laut yang luas.
Yaa Hajiji, apa gunanya kekayaan itu jika rakyat di pedalaman masih perlu menadah air hujan untuk mandi dan memasak?
Yaa Hajiji, apa gunanya projek mega diumumkan saban tahun jika kampung-kampung terus bergelap tanpa elektrik stabil?
Yaa Hajiji, kamu gagal terjemahkan kekayaan negeri kepada kesejahteraan rakyat.
Yaa Hajiji, majoriti rakyat percaya kerajaan negeri hari ini terpalit dengan isu rasuah dan gagal melaksanakan tanggungjawab asas dan kamu lebih sibuk mempertahankan kedudukan daripada mengangkat taraf hidup rakyat.
Yaa Hajiji, rakyat Sabah bukan lagi buta. Mereka sudah melalui zaman Warisan, BN, PBS, dan kini GRS. Rakyat sudah pandai menilai mana satu pemimpin yang hanya pandai beretorik, mana yang benar-benar bekerja dan mana kerajaan terkena fitnah.
Yaa Hajiji, Sabah tidak boleh terus dikorbankan oleh eksperimen politik yang gagal, bukan kerajaan berdiri atas sandiwara politik yang menindas rakyat sendiri.
Wahai rakyat Sabah, #kembalilah kepada BN…
Yaa Hajiji, poster di atas sedang tular, betulkah?

Comments
Post a Comment