Serangan fitnah datangnya dari pembangkang ketika itu dan akhirnya setelah melalui beberapa PRU, UMNO BN akhirnya tumbang juga.
Bermodalkan kononnya membawa perjuangan “Isle” dengan naratif rantaian fitnah terhadap kepimpinan utama UMNO BN, ramai yang termakan dengan umpan dosa tersebut.
'Mangsa' yang termakan umpan gagal untuk sedar bahawa realitinya, fitnah adalah nadi perjuangan mereka. Dari Amanat Haji Hadi yang memecah-belahkan umat, hingga tuduhan liar di media sosial hari ini, PAS terus menjadikan dusta sebagai senjata politik. Sedikit pun pemfitnah tidak terkesan dan takut dengan berfirman allah swt, “Fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh”.
Amalan Fitnah Kekal Sehingga Kiamat, ‘Fitnah Dajjal’ Adalah Yang Terakhir?
Pengamal dan penyebar fitnah tidak gentar dengan hari pembalasan dan di dalam quran juga ada menyatakan ““Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (tabayyun) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu lalu menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” - Surah Al-Hujurat, ayat 6
Siapa yang tuduh UMNO kafir kerana bekerjasama dengan bukan Islam sehingga memecahbelahkan masyarakat kampung, menyebabkan solat dua imam, tidak solat jenazah jika si mati adalah ahli UMNO, suami ceraikan isteri yang tidak menyokong mereka, haiwan sembelihan UMNO juga tidak halal dan kenduri dari jemputan ahli UMNO diboikot?
Hari ini, mereka sedang menghalalkan apa yang mereka haramkan sekian lama, mereka pula bersekongkol dengan parti yang suatu ketika dahulu mereka cop sebagai musuh Islam, semua ini kerana mereka telah sampai ke titik gila untuk berkuasa.
Hentikanlah berselindung di sebalik kopiah, serban, dan ayat al-Quran!!
Kepada pemimpin UMNO BN, ingat bahawa “Kebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan oleh kebatilan yang terancang.”

Comments
Post a Comment