Bubar DUN: Hajiji Jangan Berselindung Di Sebalik Bencana


Apabila berlaku bencana di sesebuah negeri, tumpuan semua pihak, sama ada di peringkat pusat mahupun kerajaan negeri; akan segera terarah ke kawasan yang dilanda musibah.

Perdana Menteri beserta barisan kabinet lazimnya akan turun padang bersama Ketua Menteri atau Menteri Besar sebagai pemimpin negeri.

Perdana Menteri akan membuat keputusan segera termasuk meluluskan peruntukan, manakala Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat dengan NADMA sebagai sekretariat, memainkan peranan menyelaras tindakan.

Pada masa sama, Ketua Menteri atau Menteri Besar bertindak sebagai pengerusi jawatankuasa bencana negeri, menjadi penghubung penting antara kerajaan pusat dan negeri.

Hakikatnya, ketika bencana melanda, warna politik wajar diketepikan. Jangan sesekali menjadikan derita rakyat sebagai modal politik murahan. Semua pihak, tanpa mengira parti atau agensi, wajib bekerjasama demi kepentingan rakyat.

Namun, persoalan timbul: ke manakah hilangnya Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, ketika Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tiba malam tadi di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Petagas, PPS Keramat dan PPS Serigai di Putatan? Kehadiran beliau amat ditunggu, tetapi tidak kelihatan.

Rakyat mula bersuara: jika tidak sanggup duduk semeja dengan kerajaan pusat demi kebajikan mangsa bencana, wajarkah Ketua Menteri terus memimpin?

Ada yang berpendapat lebih baik kembalikan mandat kepada rakyat melalui pembubaran Dewan Undangan Negeri. Alasan kononnya DUN tidak boleh dibubarkan kerana bencana hanyalah helah dangkal yang tidak dapat diterima.

Lebih memalukan, timbul dakwaan bahawa individu sekadar ditugaskan membaca doa selamat pun tidak dibenarkan hadir menyambut kedatangan Timbalan Perdana Menteri. Benarkah sampai begitu sekali?

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.