Podcast “Yang Berhenti Menteri” menyingkap satu sisi politik yang jarang dipertonton secara terbuka kepada rakyat bagaimana percaturan calon dalam PKR tidak semata-mata berdasarkan kekuatan akar umbi atau populariti, tetapi boleh jadi kerana formula politik berkepntingan Rafizi Ramli?
Dalam satu pendedahan bersahaja tetapi tajam, Rafizi mengisyaratkan bagaimana beliau sendiri sebagai arkitek pilihan raya PKR, punya kuasa ‘hidup mati’ calon-calon, termasuk Shamsul Iskandar Md Akin. Beliau sekarang adalah Ketua Setiausaha Politik kepada Anwar.
Rafizi memang terkenal dengan ‘pakar formula’ dan tidak mustahil beliau berupaya mencatur siapa sahaja yang beliau rasa berpeluang menang atau kalah seperti Machiavellian dalam menyusun langkah siapa yang dilonjak, siapa yang dijatuhkan.
Pendedahan dalam podcast tersebut memperlihatkan seolah-olah pencaturan calon adalah sebahagian dari eksperimen politik Rafizi sendiri. Shamsul Iskandar, yang dikenali sebagai sosok ‘loyalist’ kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, dipercayai antara nama yang ‘dikambing hitamkan’ dalam proses penyusunan calon di PRU15?

Comments
Post a Comment