Nurul Izzah Tidak Yakin Anwar Boleh Bertahan?


Podcast “Yang Berhenti Menteri” dilihat menjadi medan pengakuan paling berani dalam sejarah politik Rafizi.

Kali ini, tumpuan bukan sekadar kepada Rafizi Ramli tetapi kepada Nurul Izzah Anwar sendiri, puteri sulung kepada Perdana Menteri, yang disebut-sebut seolah-olah “meminta tolong” daripada Rafizi, saat gelombang politik dalaman parti semakin meruncing.

“Ya, Izzah sebutkan benda yang sama kepada saya… tu yang dia minta tolong…” — Rafizi Ramli

Ayat sepatah dua ini mungkin kedengaran santai, namun implikasinya sangat besar. Ia memberi gambaran bahawa Nurul Izzah sendiri simbol idealisme dan ‘poster girl’ reformasi PKR mungkin sudah hilang keyakinan terhadap kemampuan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk terus bertahan dalam arus deras politik hari ini.

Rafizi tidak menjelaskan secara terperinci bentuk pertolongan yang diminta oleh Izzah. Namun, konteks perbualan menunjukkan wujudnya keraguan dan kegelisahan dalam kem Nurul Izzah sendiri terhadap hala tuju dan survival PKR malah mungkin juga terhadap kepimpinan Anwar sendiri.

Penggunaan perkataan “Ditolak”, “Tendang” dan “Buang” di dalam siar langsung tersebut juga memberi gambaran bahawa Rafizi sedang membina naratif dan mendoktrin khusunya kepada ahli PKR bahawa dirinya dikhianati setelah lebih 25 tahun bersama parti sedangkan yang sebenarnya itu adalah kekalahan di dalam pertandingan merebut jawatan di dalam parti sahaja. Dan merupakan asam garam orang berpolitik.

Bagi Rafizi, tiada istilah ‘come back’ seperti mana-mana ahli politik yang kalah untuk bangkit kembali?

Kuatnya merajuk si Rafizi ni...



Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.