Lupakan Najib, Zahid Bakal PM Ganti Anwar


Himpunan “Turun Anwar” yang berlangsung baru-baru ini memberi isyarat jelas bahawa ada gelombang ketidakpuasan yang sedang membuak. Namun, di sebalik laungan dan retorik, satu persoalan kekal tergantung , siapa sebenarnya calon Perdana Menteri seterusnya jika Anwar dijatuhkan?

Walaupun Perikatan Nasional (PN) galak menyerang kepimpinan Anwar, mereka masih gagal menyusun kepimpinan alternatif yang diyakini rakyat. Tiada kenyataan rasmi tentang calon "Poster Boy" untuk PRU16. Nama-nama seperti Muhyiddin Yassin, Tuan Ibrahim Tuan Man, dan Abdul Hadi Awang masih sekadar berlegar dalam spekulasi tanpa sebarang konsensus dalaman.

Malah, ketika Himpunan Turun Anwar berlangsung, nama-nama yang disebut sebagai alternatif seperti “Safuan” pula timbul dan nama 'Samsuri' hanyalah dari mulut peserta dari Terengganu jauh dari kepimpinan utama, dan tiada kelayakan rasmi mahupun penerimaan nasional sebagai Perdana Menteri.

Berbeza dengan PN, Barisan Nasional (BN) tidak perlu berselindung di sebalik teka-teki. Jika Anwar melepaskan jawatan Perdana Menteri hari ini, pengganti yang paling realistik dan mengikut hirarki kerajaan ialah Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau adalah Presiden UMNO, Pengerusi BN, Timbalan Perdana Menteri I, dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Zahid bukan sekadar orang kedua dalam kerajaan perpaduan, tetapi satu-satunya pemimpin kanan yang mempunyai laluan pentadbiran lengkap:

1. Bekas Timbalan Menteri dan Menteri di pelbagai portfolio (Pertahanan, Dalam Negeri, Ekonomi)

2. Pernah menjawat TPM di bawah Najib Razak

3. Kini mengetuai KKDW, portfolio yang bersentuhan langsung dengan rakyat luar bandar – asas kuasa politik sebenar negara

Kenapa Bukan Najib?

Meskipun masih popular di kalangan penyokong akar umbi UMNO, realiti politik semasa menjadikan Najib Razak sebagai calon yang hampir mustahil kembali dalam waktu terdekat:

1. Isu pengampunan penuh masih tergantung. Panel Lembaga Pengampunan menolak permohonan penuh, walaupun hukuman dikurangkan.

2. Isu surat titah Addendum YDPA masih tidak selesai dan sedang mencetuskan kekeliruan serta tanda tanya tentang siapa yang ‘menghalang’ titah rasmi penuh beliau.

3. Status mahkamah beliau masih aktif justeru sebarang cubaan membawa nama Najib ke hadapan akan dianggap ‘beban politik’ oleh gabungan kerajaan.

Kenapa Zahid?

Mengikut prinsip kesinambungan pentadbiran, bukan sahaja Zahid adalah pilihan automatik dari sudut Perlembagaan (kerana beliau TPM I), malah dari sudut realiti politik dalaman kerajaan, Zahid mempunyai kelebihan berikut:

1. Mewakili komponen BN dalam Kerajaan Perpaduan

2. Tidak berkonflik secara terbuka dengan mana-mana pemimpin utama PH

3. Sudah mula memainkan peranan sebagai suara kestabilan dan pembangunan luar bandar

4. Memiliki jentera UMNO yang walaupun lemah, masih mempunyai akar umbi tersusun berbanding PN

Dalam suasana politik yang makin tidak menentu, Anwar memerlukan pelan sandaran bagi memastikan kesinambungan pentadbiran jika berlaku kejutan politik. Sama ada dirancang atau tidak, Zahid adalah 'Plan A' yang paling logik dan realistik, bukan sahaja dalam kalangan kerajaan, tetapi juga dalam pandangan elit ekonomi, pentadbiran awam dan diplomatik antarabangsa.

'Realpolitik' tidak menunggu idealisme. Jika gelombang “Turun Anwar” menjadi kenyataan atau Anwar memilih untuk berundur demi kestabilan gabungan, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah tokoh yang paling memenuhi syarat: berpengalaman, berjawatan, dan berada tepat dalam struktur kuasa.

Lupakan spekulasi luar kawalan. Zahid bukan sahaja pengganti Anwar yang paling tersedia tetapi satu-satunya calon yang sedang duduk di ruang menunggu Putrajaya.

Lihat suara-suara peserta yang diangkut entah dari mana, mereka tidak tahu tujuan apa mereka diangkut ke Kuala Lumpur:















Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.