Dr. Haim Hilman bin Abdullah YB PAS yang juga merupakan ADUN Jitra terbukti hanyalah seorang ahli politik yang tidak bertanggungjawab. Isu pelajar asing di IPTA jelas mendedahkan kelemahan beliau membaca data asas dilihat sebagai sesuatu yang amat memalukan bagi seorang bekas Naib Canselor universiti.
Haim dengan lantang menuduh Menteri Pendidikan Tinggi, kononnya pelajar antarabangsa sudah “menguasai” universiti awam. Hakikatnya, kenyataan itu berpaksikan data yang SALAH, songsang dan mengelirukan rakyat.
Haim GAGAL membaca fakta bahawa:
- Pelajar prasiswazah tempatan di lima Research University (RU): 109,217 orang.
Pelajar prasiswazah antarabangsa: hanya 10,005 orang (9.16%).
Pelajar antarabangsa di peringkat pascasiswazah pula memang digalakkan kerana ia meningkatkan penyelidikan, penerbitan dan reputasi universiti di peringkat global.
Ini fakta jelas, tetapi Haim memilih untuk memutar belit seolah-olah tempat anak tempatan dirampas pelajar asing.
Ironinya seorang yang pernah memimpin universiti gagal memahami beza prasiswazah dan pascasiswazah. Kalau asas ini pun keliru, bagaimana boleh beliau menuduh kerajaan tanpa rasa malu?
Lebih parah, kenyataan beliau bukan sahaja salah, malah dilihat berniat jahat semata-mata untuk cipta persepsi politik murahan. Ia satu bentuk politik desperado, menunggang isu rakyat demi kepentingan diri.
Seorang wakil rakyat sepatutnya membawa solusi, bukan kekeliruan. Tetapi Haim hanya membuktikan dirinya:
-
Bekas VC gagal – data pun tak reti baca.
-
Ahli politik desperado – putar belit fakta untuk menipu rakyat.
Kini tugas kita untuk beritahu rakyat fakta sebenar agar mereka tidak terpedaya dengan politik persepsi yang dijaja oleh Haim Hilman. Beliau telah berikan informasi yang tidak benar. Kegagalan Haim Hilman membaca data asas hanya menelanjangkan siapa beliau sebenarnya. Kini rakyat tahu Haim Hilman bukan pejuang rakyat, tetapi perosak minda rakyat.
\\

Comments
Post a Comment