Mahathir meninggalkan program Picnic & Potluck lebih awal pagi ini selepas dilaporkan sedikit keletihan.
Program yang berlangsung di Tasik Putrajaya bersebelahan Yayasan Kepimpinan Perdana itu diadakan bersempena sambutan kelahiran ke-100 beliau pada 10 Julai lalu serta ulang tahun kelahiran ke-99 isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada 12 Julai.
Dr Mahathir yang juga Perdana Menteri keempat dan ketujuh tiba jam 7.45 pagi dengan memandu sendiri sebelum mengayuh basikal secara 'tandem' di sekitar tasik diiringi pegawai keselamatan khas.
Bagaimanapun, selepas menamatkan kayuhan sejauh kira-kira lapan hingga sembilan kilometer, beliau dilihat keletihan dan duduk berehat di kerusi seketika sebelum menuju ke meja sarapan yang disediakan.

Comments
Post a Comment