Sejak sekian lama, musuh politik UMNO menjadikan isu Islam sebagai senjata utama untuk memburukkan UMNO, seolah-olah hanya mereka sahaja yang menjadi ‘pejuang Islam sejati’.
Isu Kalimah Allah, hak mualaf, pendidikan agama, mahkamah syariah, dan pelbagai perkara lain terus dijadikan modal politik untuk menyerang UMNO tanpa mengira kebenaran atau konteks sebenar.
Isu Kalimah Allah: Sentimen Diputar Untuk Politik Murahan
Dalam isu Kalimah Allah, naratif yang dimainkan adalah bahawa UMNO berkompromi terhadap prinsip Islam. Sedangkan realitinya:
1. UMNO konsisten mempertahankan keputusan Mahkamah Persekutuan 2014 yang menegaskan larangan penggunaan Kalimah Allah dalam penerbitan majalah The Herald versi Bahasa Melayu.
2. UMNO menegaskan bahawa semua perbincangan mengenai penggunaan Kalimah Allah perlu merujuk kepada prinsip Maqasid Syariah dan kedudukan Perlembagaan.
3. Isu ini dipolitikkan oleh pembangkang, walhal ianya adalah isu tafsiran undang-undang, bukan keputusan politik semata-mata.
UMNO Konsisten Perjuang dan Pertahan Institusi Islam
Menteri-menteri UMNO dan Ahli Parlimen UMNO bukan sahaja bersuara, malah mengambil tindakan tegas dalam hal berkaitan Islam:
Di peringkat Kabinet:
1. KKDW di bawah Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memperuntukkan belanja khas untuk memperkasa institusi tahfiz, pondok dan sekolah agama rakyat.
2. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang diketuai UMNO, Dato Seri Zambry Abdul Kadir terus memperkukuh kurikulum Islam di IPTA dan menyokong inisiatif Islamisasi ilmu.
3. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diberi sokongan penuh untuk melaksanakan program pemerkasaan hal ehwal Islam, termasuk pengurusan halal, dakwah dan perundangan syariah.
Di Parlimen:
1. Ahli Parlimen UMNO lantang membantah usaha pengiktirafan UEC yang boleh melemahkan dasar pendidikan kebangsaan dan kesatuan sosial.
2. Pemimpin UMNO menyanggah tuntutan liberal ekstrem seperti penubuhan suruhanjaya mengkaji semula kedudukan Mahkamah Syariah dan tuntutan penggunaan istilah Islam oleh penganut bukan Islam secara bebas.
Fakta dan Sejarah: UMNO Teras Perundangan Islam di Malaysia
Bukan hanya hari ini, sejarah membuktikan:
1. Penubuhan Mahkamah Syariah (1965) di seluruh negeri-negeri dibuat hasil tekanan dan inisiatif pimpinan UMNO di peringkat kerajaan negeri dan pusat.
2. Penubuhan JAKIM (1997) juga adalah hasil iltizam UMNO untuk menyelaras dan memartabatkan hal ehwal Islam di bawah kerajaan Persekutuan.
3. Pengenalan subjek Pendidikan Islam di sekolah arus perdana – juga dicetuskan di bawah dasar UMNO sejak zaman Tunku Abdul Rahman hingga Tun Dr Mahathir (era pemerintahan UMNO BN).
Musuh Politik Gunakan Agama Untuk Bakar Emosi
PAS dan parti sekutunya tahu mereka gagal dari sudut dasar dan ekonomi. Maka mereka pilih jalan mudahiaitu dengan membakar emosi rakyat dengan sentimen agama. Mereka tidak berminat kepada penyelesaian, hanya mahu menangguk di air keruh.
Menuduh UMNO ‘gadai agama’, sedangkan pemimpin mereka sendiri senyap bila berlaku penghinaan terhadap institusi raja dan mufti.
Menghasut kononnya kerajaan perpaduan ‘mesra liberal’, sedangkan UMNO yang menjadi benteng dalam Kabinet menentang elemen songsang dan agenda asing.
UMNO masih kekal jadi tiang seri Islam di Malaysia
UMNO tidak perlu melalak di pentas ceramah untuk membuktikan perjuangan Islam. UMNO tunjukkan melalui dasar, institusi dan tindakan berterusan.
Naratif "UMNO gagal pertahan Islam" hanyalah permainan licik mereka yang ketandusan idea dan terdesak untuk kekal relevan.
Islam bukan alat politik. Dan UMNO tidak akan benarkan Islam dijadikan bahan bakar untuk undi semata-mata.
Comments
Post a Comment