RM170 Juta: Kertas Siasatan Libatkan Ismail Sabri Selesai, Tindakan Undang-Undang Diteruskan


Kertas siasatan melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang berkait dengan wang berjumlah RM170 juta, telah disiapkan sepenuhnya, menurut sumber SPRM.

Lebih signifikan, Timbalan Pendakwa Raya dikatakan telah bersetuju untuk memfailkan permohonan lucut hak ke atas wang terbabit, yang dipercayai ada kaitan dengan akaun proksi dan dana politik semasa pentadbiran beliau.

Apa Maksud "Lucut Hak"?

Permohonan lucut hak bermakna kerajaan mengambil tindakan untuk merampas wang yang disyaki hasil daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang, tanpa perlu pendakwaan jenayah terlebih dahulu. Ia menandakan wujud bukti cukup kuat untuk membuktikan wang itu tidak sah dimiliki atau berasal dari sumber yang meragukan.

Apa Signifikan RM170 Juta Ini?

Jumlahnya bukan kecil. Ini antara jumlah terbesar dalam siasatan politik pasca-PRU.

Wang ini dikaitkan dengan beberapa akaun individu dan syarikat yang dipercayai proksi kepada bekas pimpinan tertinggi negara.

Persoalannya dari mana datang wang sebanyak itu, dan kenapa baru kini ia dibangkitkan?

Tindakan ini sekali gus menutup mulut mereka yang sering menuduh SPRM dan AGC sebagai selektif. Ia juga menjawab persepsi kononnya pemimpin UMNO tertentu dilindungi, kerana terbukti tiada siapa kebal dari siasatan – termasuk bekas PM daripada UMNO sendiri.

Sekiranya permohonan lucut hak ini berjaya, ia juga bakal membuka laluan kepada siasatan lebih besar, termasuk kemungkinan melibatkan nama-nama lain yang rapat dengan pentadbiran Ismail Sabri sebelum ini.

Jangan hanya jerit “pendakwaan terpilih” bila kena pada pihak sendiri, dan diam bila pemimpin anda sendiri disiasat.

SPRM telah buktikan siapa salah, tetap akan disiasat, walau pernah jadi Perdana Menteri.

Comments

VIDEO WAJIB TONTON : Apa maksud DS Ahmad Maslan tentang dia saksi hidup dalam isu Mas Ermieyati

VIDEO PILIHAN : Sahur di "Traffic Light"