Rafizi Dedah, Bank Kena Bayar RM90 Juta – Siapa Sebenarnya Penjenayah Dalam Kes NFC?


"Bukan dia tak salah. Tapi dokumen yang salinannya tak disahkan."

Itulah antara alasan Mahkamah Tinggi membebaskan Rafizi Ramli dari sabitan jenayah Akta BAFIA, selepas Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan pada 2018.

Kini, selepas 13 tahun, kebenaran yang dilindung retorik akhirnya terdedah tetapi bukan dalam sidang media, sebaliknya di Mahkamah Persekutuan, mahkamah tertinggi negara.

Isu Bermula Di Sidang Media, Tamat Di Mahkamah Tertinggi

Tahun 2012, Rafizi mendedahkan penyata bank NFC Corp dalam sidang media kononnya untuk membongkar skandal penyelewengan dana awam.

Tapi malangnya, penyata bank itu bukan milik beliau, bukan diperoleh secara sah, malah diperoleh dari dalam sistem Public Bank sendiri tanpa kebenaran.

Kesalahan itu cukup serius kerana maklumat perbankan pelanggan dilindungi oleh Akta BAFIA 1989, dan sesiapa yang mendedahkannya tanpa kebenaran boleh dikenakan tindakan jenayah.

Apa yang berlaku sekarang

Keputusan mahkamah ialah Public Bank bersalah dan perlu membayar sebanyak RM90 Juta kepada NFC Corp.

NFC Corp menyaman Public Bank kerana gagal menjaga kerahsiaan penyata akaun pelanggan. Hujahnya jelas:

1. Pekerja bank itu telah menyerahkan dokumen sulit kepada Rafizi

2. Tanpa justifikasi sah, tanpa waran, tanpa kebenaran pelanggan.

Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan akhir:

1. Public Bank bersalah.

2. Diperintahkan bayar RM90 juta kepada NFC.

3. Tiada lagi rayuan. Ini muktamad.

Persoalan, Rafizi lepas dan kenapa?

Rafizi pernah disabitkan kesalahan dan dihukum penjara 30 bulan. Tapi beliau dibebaskan atas isu teknikal, bukan kerana tak bersalah.

Dokumen penting dalam perbicaraan waktu itu hanyalah salinan fotostat yang tidak disahkan.

Rayuan dibuat oleh Pejabat Peguam Negara tetapi kemudian ditarik balik di bawah kepimpinan Tommy Thomas.

Rafizi lepas bukan kerana suci, tapi kerana proses undang-undang ‘longgar’ waktu itu.

Namun 2 persoalan yang kini muncul:

1. Public Bank Boleh Saman Rafizi?

Jawapannya: Sukar kerana Rafizi bukan pekerja bank. Beliau cuma penerima maklumat sulit, bukan pemecah kerahsiaan.

Jika Public Bank saman Rafizi, mereka mungkin kalah lagi kerana mereka yang gagal menjaga integriti dan keselamatan sistem dalaman mereka sendiri.

2. NFC Boleh Saman Rafizi?

Ya dan ini lebih berpotensi.

NFC kini ada keputusan mahkamah muktamad yang:

1. Membersihkan nama mereka

2. Membuktikan dokumen diperoleh secara haram

3. Memberi asas kukuh bahawa mereka difitnah

NFC boleh saman Rafizi atas:

1. Fitnah

2. Pencerobohan maklumat peribadi

3. Kerugian reputasi dan kewangan

Isunya: adakah kes ini sudah terlepas had masa (limitation period)?

1. Fitnah biasanya perlu disaman dalam masa 6 tahun dari kenyataan dibuat.

2. Pendedahan Rafizi berlaku pada 2012, jadi 6 tahun tamat pada 2018.

Tetapi keputusan mahkamah NFC lawan Public Bank hanya berlaku sekarang (2025).

NFC boleh berhujah bahawa kerugian sebenar hanya dimuktamadkan sekarang, dan sebab itu tindakan baru masih relevan.

Kesimpulan yang rakyat perlu tahu:

Yang pecah amanah: pekerja bank.

Yang bocor maklumat: Public Bank.

Yang dedah kepada umum: Rafizi.

Yang rugi nama dan wang: NFC.

Yang lepas bebas: Rafizi.

Yang bayar ganti rugi: Public Bank.

Yang belum membayar harga: Penyebar fitnah.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.