Musuh politik UMNO sejak sekian lama cuba membina persepsi bahawa UMNO semakin hilang sokongan, khususnya dalam kalangan orang Melayu. Naratif ini sengaja dimainkan untuk melemahkan semangat ahli dan penyokong akar umbi UMNO serta memberi tekanan psikologi agar ahli merasa putus asa dan hilang kepercayaan terhadap arah perjuangan parti.
Namun, fakta di lapangan membuktikan sebaliknya.
Lihat sahaja keputusan dalam beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung baru-baru ini:
1. PRK DUN Nenggiri (Kelantan) – UMNO berjaya meraih lebih 55% undi Melayu, walaupun kawasan ini sebelum ini dilabel sebagai ‘kubu PAS’.
2. PRK DUN Mahkota (Johor) – Walaupun berada di negeri selatan, UMNO menunjukkan peningkatan signifikan undi Melayu berbanding PRU-15.
3. PRK DUN Ayer Kuning (Perak) – UMNO mencatat lonjakan sokongan melebihi jangkaan asal, membuktikan bahawa keyakinan terhadap UMNO sedang pulih.
Ini adalah bukti empirik bahawa naratif "UMNO ditolak Melayu" adalah palsu dan dipropagandakan dengan motif politik jahat.
Sebenarnya sokongan rakyat khususnya pengundi Melayu bukan berdasarkan retorik semata-mata. Mereka mahu melihat hasil dan tindakan yang nyata.
Dasar dan projek pembangunan luar bandar seperti jalan, kemudahan asas, pertanian dan pendidikan mula menunjukkan kesan.
Kementerian yang diketuai pemimpin UMNO seperti KKDW di mana menterinya yang juga Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi giat turun padang, menyelesaikan masalah rakyat tanpa gimik politik. Baca di SINI.
Kerajaan Perpaduan di bawah PMX yang turut disertai UMNO menunjukkan kestabilan dan hasil berbanding ketidaktentuan era kerajaan 'tebuk atap'.
Maka musuh politik UMNO terutamanya dari PAS dan PPBM sedar mereka tidak lagi mampu menyaingi kekuatan akar umbi UMNO dari segi jentera dan sejarah perjuangan. Lalu mereka memilih jalan propaganda:
1. Menuduh UMNO “hilang hala tuju” sedangkan merekalah yang kini bertelagah sesama sendiri.
Menyebarkan persepsi bahawa orang Melayu "lari" dari UMNO, sedangkan angka PRK menunjukkan sebaliknya.
2. Mereka bimbang bila Melayu mula kembali menyokong UMNO, kekuatan 'green wave' yang mereka banggakan akan kembali tenggelam.
Jangan terpengaruh dengan naratif musuh.
UMNO belum kalah malah sedang bangkit semula dan kini, Perikatan Nasional mula menhantar PAS sebagai broker politik untuk memujuk UMNO bergabung dengan mereka kembali.
Comments
Post a Comment