Naratif bahawa “mahkamah dikawal untuk menyelamatkan pemimpin UMNO” merupakan satu tuduhan liar dan berniat jahat yang direka oleh musuh politik bagi meracuni pemikiran rakyat serta menjatuhkan kredibiliti institusi kehakiman negara dan UMNO secara serentak.
Fakta 1: Proses Perlantikan Hakim Bebas dari Campur Tangan Politik
Hakim-hakim Mahkamah Tinggi, Rayuan dan Persekutuan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (Judicial Appointments Commission – JAC), yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009.
Ahli-ahli JAC terdiri daripada tokoh kehakiman dan perundangan yang bebas, bukan ahli politik.
Maka tiada parti politik termasuk UMNO mempunyai kuasa melantik hakim atau mencampuri urusan kehakiman.
Fakta 2: Dato’ Seri Najib Dipenjara Ketika UMNO Dalam Kerajaan
Jika benar dakwaan kononnya mahkamah "dikuasai", mengapa Dato’ Seri Najib Tun Razak tetap dihukum penjara oleh Mahkamah Persekutuan pada Ogos 2022, walaupun ketika itu UMNO adalah sebahagian daripada kerajaan?
Malah Mahkamah Persekutuan mengesahkan sabitan bersalah dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib dalam kes SRC International, membuktikan institusi kehakiman bertindak bebas walaupun melibatkan bekas Perdana Menteri.
Malah, sebarang cubaan Najib untuk mendapatkan semakan semula keputusan tersebut juga ditolak oleh Mahkamah, termasuk permohonan beliau untuk menambah bukti baharu.
Fakta #3: Zahid Hamidi Tidak Dibebaskan Sepenuhnya
Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pula tidak dibebaskan sepenuhnya daripada tuduhan rasuah Yayasan Akalbudi. Beliau diberikan DNAA (Discharge Not Amounting to Acquittal) Bermaksud kes boleh dibuka semula pada bila-bila masa jika ada bukti atau pendakwa baru mahu menyambung prosiding.
Perlu diingat bahawa DNAA bukan satu pembebasan penuh (acquittal) dan tidak menghalang SPRM atau Jabatan Peguam Negara daripada menyambung semula pendakwaan pada masa akan datang.
Fakta 4: Ramai Pemimpin UMNO Dikenakan Tindakan Undang-Undang
Jika benar mahkamah “dikawal” oleh UMNO, mengapa begitu ramai pemimpin dan bekas pemimpin UMNO telah disiasat, didakwa dan dihukum? Antaranya:
- Tan Sri Isa Samad
- Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
- Datuk Abdul Azeez
Jadi kesimpulannya, ini naratif politik dan bukannya fakta
Tuduhan kononnya mahkamah dikawal demi menyelamatkan pemimpin UMNO hanyalah propaganda jahat yang cuba menanam kebencian terhadap institusi keadilan negara. Ia menyerang integriti sistem kehakiman dan secara halus mahu menggugat kestabilan politik negara.
Sebaliknya, rakyat harus menyokong usaha memperkukuh sistem pemisahan kuasa (separation of powers) di mana eksekutif, legislatif dan kehakiman kekal bebas dan berfungsi tanpa pengaruh luar.
Comments
Post a Comment