DNAA: Kompromi Politik?


“DNAA Zahid bukti kompromi politik” adalah naratif jahat bagi melabelkan Presiden UMNO Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan UMNO sebagai korup.

Naratif kononnya Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi diberi DNAA (tidak dilepaskan sepenuhnya) kerana kompromi politik hanyalah propaganda murahan yang cuba memburukkan imej beliau dan UMNO. 

Hakikatnya, DNAA bukan satu pembebasan muktamad kerana pihak pendakwa masih berhak membuka semula kes pada bila-bila masa sekiranya ada bukti baharu. Maka, jika benar ada "kompromi", kenapa Zahid tidak mendapat pembebasan penuh?

Zahid bukan tokoh yang mencari jalan mudah demi menyelamatkan diri. Dalam keadaan UMNO diserang bertubi-tubi selepas PRU14, Zahid tetap setia mempertahankan parti. Malah ketika wujud tekanan dalaman dan luaran agar UMNO dibubarkan, beliau tegas menolak. Pada 2018, ketika ramai memilih jalan selamat, Zahid kekal berani berhadapan dengan risiko politik dan perundangan.

Fakta ini menidakkan dakwaan bahawa beliau “berkompromi” untuk selamat. Jika itu niat beliau, peluang sudah ada ketika bertemu Tun Mahathir pada 2018 dan ketika itu Zahid boleh sahaja membubarkan UMNO, menyertai Bersatu, dan memastikan dirinya "bersih". Tetapi beliau tidak memilih jalan tersebut.

Propaganda "Kluster Mahkamah" pula bukan ciptaan era Kerajaan Perpaduan, tetapi telah dimulakan sejak zaman PN1.0. Ia dijadikan alat politik untuk menekan dan mencemarkan imej pemimpin UMNO serta menjustifikasikan pembentukan kerajaan tanpa mandat rakyat. 

Naratif ini dibina untuk menghakis kepercayaan rakyat terhadap UMNO, padahal yang sebenarnya Zahid tetap hadir ke mahkamah, melalui proses perundangan yang sah dan terbuka kepada semakan awam.

Zahid bukan liabiliti. Beliau adalah simbol kesetiaan kepada parti, ketahanan dan keutuhan politik Melayu moden yang tidak tunduk walau ditekan dari kiri dan kanan.

Hari ini seorang lagi bekas pemimpin UMNO yang juga bekas Perdana Menteri digugurkan kesnya, BACA di SINI

Comments

VIDEO WAJIB TONTON : Apa maksud DS Ahmad Maslan tentang dia saksi hidup dalam isu Mas Ermieyati

VIDEO PILIHAN : Sahur di "Traffic Light"