Video: Rafizi Juga Ada Penyokong Dari Vietnam?


Setiap hari Rafizi guna teknik ‘penyedap halwa telinga’ sebagai bahan tarikan supaya ceramahnya sentiasa menjadi tumpuan samada datang ke tempat beliau berceramah atau pun menontong siarang langsung dari akaun media sosial miliknya atau milik kumpulannya.

Teknik Walaun, membawa cerita sensasi termasuk merekayasa dalil mengikut selera tekak, menyerang pihak lawan dengan kata-kata kesat dan membina naratif fitnah. Maka ramailah yang suka. Ikut rasmi lalat, makin busuk semakin lalat mendekati. Rafizi guna Teknik walaun ini.

Teknik menghina pihak lawan dengan membina fakta karut. Penceramah Walaun juga suka dengan teknik ini.

Sehari dua ini Rafizi agak emosi kerana jumlah tontonan siaran langsung ceramah Nurul Izzah meningkat berkali ganda. Ini meresahkan Rafizi. Siapa tidak kenal Rafizi yang jenis baran dan tidak boleh orang lain mengatasinya.

Rafizi menyerang Nurul Izzah, katanya sampai dari Vietnam pun ada yang ‘like’ dan ‘follow’ ceramah Nurul Izzah. Rafizi membina persepsi kononnya Nurul Izzah ‘membeli’ ‘like’ tersebut supaya Nampak ramai yang menonton?

Seperti biasa, Rafizi tidak akan bercerita benar.

Apabila anda membayar untuk "boost" atau promosi status/post di Facebook (melalui Meta Boost atau iklan berbayar) dan anda menerima reaksi atau ‘like’ dari dari netizen luar negeri maka ada beberapa kemungkinan:

1.1. Target Iklan yang terlalu Luas atau tidak spesifik maka algoritma Facebook/Meta akan menyebarkan status/post anda ke pengguna di berbagai negara. 

2.2. Facebook akan mengoptimakan iklan anda untuk ‘engagement (like, komen, share), termasuk kepada yang sentiasa respon status anda walaupun mereka bukan sasaran capaian utama. Memang wujud respon dari akaun palsu(fake akaun atau Bot) dari negara seperti Vietnam, India, Bangladesh dan seumpamanya untuk meningkatkan statistik engagement palsu. 

3. Kebiasaannya ada pihak ketiga yang menyamar kononnya mereka adalah syarikat yang mendapat keizinan daripada Meta sebagai pihak pengurusan pemasaran(Click Farm antaranya).

Pihak Meta sedang tangani kesemua isu di atas.

Rafizi juga tidak menceritakan perkara sebenar atau mungkin Rafizi bukanlah seorang yang tahu semua perkara tetapi berlagak ‘palatao’.

Algoritma dari Meta juga universal yang menyebabkan ada pemilik akaun dari luar negara mempunyai minat perkara yang sama(meme, motivasi, atau tren global) dan mereka akan memberi respon seperti ‘like’, ‘komen’ dan ‘share’.

Kelalaian ketika "Detailed Targeting" terutama ‘lokasi sasaran’ menyebabkan Meta akan menyebarluaskan ke mana sahaja.

Ini adalah antara kenapa terjadinya isu ‘cawangan PKR di Vietnam’ dan Rafizi menggunakan dan membesarkannya untuk menyerang Nurul Izzah. Bagi Rafizi, bukannya semua orang tahu jadi ini merupakan satu peluang.

Bagi yang memerhati, Rafizi sebenarnya menunjukkan warna perangai beliau yang cepat emosi, memperbodoh penyokong sendiri dan panas baran.

Mungkin Rafizi lupa beliau juga ada penyokong dari Vietnam.


Sumber dari X ; 'Tu-Face'






Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.