Suara Majoriti: Tafsiran Salah Rafizi


Mengelirukan apabila tafsiran Rafizi mengenai prinsip "Menang tidak menang semua dan kalah tidak kalah semua" dengan sandaran kononnya itu adalah tonggak prinsip demokrasi.

Setiap pemilihan mesti ada yang sokong dan ada yang menentang dan keputusannya mengikut prinsip demokrasi adalah sesiapa yang mendapat undi atau jumlah sokongan tertinggi maka individu tersebutlah dikira menang.

Jika mengambil kira lojik Rafizi bahawa suara pemenang bagi jawatan ketua tidak boleh dianggap mewakili suara bagi entiti tersebut maka apa guna adakan pertandingan bagi jawatan tertentu?

Rafizi sendiri memenangi jawatan Timbalan Presiden bukannya dengan jumlah undian 100% menyokongnya tetapi suara Rafizi dianggap mewakili partinya kerana jawatan yang dimenanginya.

Suara majoriti itulah sebagai mandat seorang yang dipilih.

Paling memalukan apabila Rafizi cuba mengugut memboikot sokongan kepada PKR-PH pada pilihanraya umum akan datang?

Kalah menang adat bertanding dan strategi mengugut, merajuk dan menghina lawan bukan cara menang dengan bermaruah.



Comments

VIDEO WAJIB TONTON : Apa maksud DS Ahmad Maslan tentang dia saksi hidup dalam isu Mas Ermieyati

VIDEO PILIHAN : Sahur di "Traffic Light"