Rafizi Sedang Bersandiwara


Rafizi tidak akan beri kemenangan percuma kepada Nurul Izzah dan mendakwa segalanya disusun bagi memenangkan Nurul Izzah.

“Gila ke apa kau menang...dalam keadaan segala-galanya telah disusun, ini sebenarnya pertandingan atas padang tak sama rata," 


Ini ibarat tidak pandai menari tapi salahkan lantai.


Cara Rafizi membina naratif kononnya kemenangan Nurul Izzah telah disusun menunjukkan beliau telah sampai ke garisan di mana semua salah Nurul Izzah dan tersiratnya adalah semua salah Anwar Ibrahim.


Kononnya ceramah beliau adalah berupa serampang dua mata, satu berkempen untuk kedudukan diri sendiri dan satu lagi untuk memberi pemahaman kepada rakyat tentang kelebihan PKR.


Namun semuanya hanya sandiwara Rafizi dan penyokongnnya sahaja. 


Setiap malam Rafizi melancarkan doktrin kononnya beliau teraniaya, cubaan menjatuhkan beliau dan menuding jari ke arah Nurul Izzah, sesiapa yang menyokong Nurul Izzah dan Anwar.


Perhatikan kempen Nurul Izzah, tiada ayat memperlekeh dan menghina Rafizi. 


Nurul Izzah hanya menegaskan misi dan visinya untuk parti sahaja. Tenang dan DAMAI.

 

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.