Kenapa Rafizi Tidak Menjalani Hukuman Penjara?
Dalam ceramah kempennya Rafizi menyebut dia dipenjarakan selama 3 tahun.
Sebenarnya: Rafizi Ramli tidak menjalani hukuman penjara selama 30 bulan kerana Mahkamah Tinggi membatalkan sabitan terhadapnya dalam kes pendedahan maklumat perbankan berkaitan National Feedlot Corporation (NFC).
Pada 15 November 2019, mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan gagal mengemukakan dokumen asal sebagai keterangan, yang merupakan syarat penting di bawah Seksyen 61 Akta Keterangan.
Akibatnya, sabitan dan hukuman penjara yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Februari 2018 telah diketepikan
Sebelum itu, dalam kes berasingan berkaitan pendedahan laporan audit 1MDB di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), Mahkamah Rayuan pada 1 Jun 2018 menggantikan hukuman penjara 18 bulan dengan bon berkelakuan baik selama dua tahun dan jaminan RM10,000.
Keputusan ini dibuat selepas mempertimbangkan hujahan peguam Rafizi di bawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah, yang membolehkan mahkamah menggunakan budi bicara untuk meringankan hukuman.
Jadi, meskipun Rafizi pada asalnya dijatuhi hukuman penjara dalam kedua-dua kes, keputusan mahkamah yang membatalkan sabitan dan menggantikan hukuman penjara dengan bon berkelakuan baik menyebabkan beliau tidak perlu menjalani hukuman penjara tersebut.
Nota:1. Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Malaysia telah diadakan pada 9 Mei 2018
2. Rafizi tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang diadakan pada 9 Mei 2018 kerana hilang kelayakan akibat sabitan kesalahan jenayah.
3. Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 pada 10 Mei 2018.
4. Mahathir meletak jawatan sebagai PM ke 7 pada 24 Feb 2020.
5. Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Malaysia telah diadakan pada 19 November 2022.
6. Rafizi kembali bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15
Comments
Post a Comment