Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa Barisan Nasional (BN) hanya akan menjalinkan kerjasama dengan parti yang mempunyai matlamat selari dalam membangunkan negara dan menyatukan rakyat.
Menurut beliau, meskipun parti berkenaan telah memutuskan untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah, gabungan itu tetap terbuka untuk berkerjasama dengan parti lain yang sehaluan.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Gerak17 UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemabong di sini, hari ini. Turut hadir, Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Beliau turut menggesa semua jentera dan bahagian UMNO Sabah
memperkukuh usaha bersama demi memastikan kemenangan calon BN di PRN17.
Comments
Post a Comment