Nurul Izzah Menang Dengan Sokongan Lebih Dari 70% Undi

 

Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara rasmi mengumumkan keputusan pemilihan pucuk pimpinan tertingginya hari ini, menyaksikan Nurul Izzah binti Anwar dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR yang baharu, menggantikan penyandang terdahulu. Beliau memperoleh 9,803 undi, menewaskan pencabarnya Rafizi Ramli yang meraih 3,866 undi.


Peratusan Undi:

  • Nurul Izzah Anwar:  71.73%
  • Rafizi Ramli: 28.27%

Kemenangan besar ini mengukuhkan lagi kedudukan Nurul Izzah dalam landskap politik nasional dan juga sebagai tokoh utama generasi baharu reformasi dalam PKR.


STRUKTUR KEPEMIMPINAN TERKINI PKR:

Presiden:


  • Anwar bin Ibrahim


Timbalan Presiden:


  • Nurul Izzah binti Anwar


Naib Presiden (NP):


  1. Amirudin Shari
  2. Ramanan Ramakrishnan
  3. Aminuddin Harun
  4. Chang Lih Kang




Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP):


  1. Fahmi Fadzil
  2. Adam Adli
  3. Chan Ming Kai
  4. Gunarajah
  5. Azlan Helmi
  6. Dr Maszlee
  7. Goh Choon Aik
  8. Nurin Aina
  9. Elizabeth Wong
  10. Abg Zulkefli
  11. Siti Aishah
  12. Altimet
  13. Akmal Nasir
  14. Amidi
  15. Lee Chean Chung
  16. Azam Karap
  17. Syed Ibrahim
  18. Kumaresan
  19. Sim Chon Siang
  20. Sivamalar


Kemenangan Nurul Izzah mencerminkan kehendak akar umbi untuk memperbaharui hala tuju parti sambil mengekalkan semangat reformasi. Masa depan PKR kini berada dalam fasa transisi yang dijangka akan membawa perubahan strategi dan gaya kepimpinan yang lebih segar dan inklusif.


Ikuti perkembangan lanjut dan analisis politik semasa hanya di saluran rasmi kami.


Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.