Keputusan Tidak Rasmi Nurul Izzah Mendahului Rafizi

 

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendahului saingan bagi perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti itu hari ini.

Setakat jam 7 malam tadi, Nurul Izzah jauh mengatasi undi yang diperoleh pencabarnya yang juga penyandang jawatan, Datuk Seri Rafizi Ramli.

Nurul Izzah mendominasi hampir sebahagian besar undi daripada perwakilan tetap yang mengundi secara fizikal sempena Kongres Nasional Tahunan Keadilan di Johor Bahru.

Untuk rekod, Rafizi pernah tewas dalam saingan Timbalan Presiden PKR pada 2018 ke atas bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada pemilihan tahun itu, namun berjaya menang pada pemilihan 2022 menewaskan bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Pemilihan peringkat pusat PKR termasuk bagi 20 jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) berlangsung bermula jam 8 pagi sehingga jam 5 petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, memberitahu media semalam keputusan pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR akan diketahui seawal-awalnya jam 9 malam ini.




Comments

VIDEO WAJIB TONTON : Apa maksud DS Ahmad Maslan tentang dia saksi hidup dalam isu Mas Ermieyati

VIDEO PILIHAN : Sahur di "Traffic Light"