Jawatan Timbalan Presiden: Nurul Izzah Masih Mendahului


Penganalisis politik meramalkan Nurul Izzah akan menang dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR penggal ini kerana beberapa faktor terutama kelemahan dan kesilapan Rafizi sendiri.

Rafizi memulakan langkah kempen yang sumbang apabila dengan bangganya mendedahkan kelemahan PKR melalui paparan data yang tidak tepat secara keseluruhannya.

Angka sokongan mengikut pecahan kaum dan generasi yang dipaparkan oleh Rafizi terlalu celaru dan jika itu menjadi kebimbangan Rafizi sebagai seorang ‘strategist’ maka tempat yang sepatutnya di persembahkan adalah di hadapan Presiden dan kumpulan pemikir parti atau seumpamanya dan bukan menjadikan ianya sebagai bahan umum untuk menarik pendengar ceramah kempen pemilihan jawatan parti.

Kempen untuk pemilihan jawatan di dalam parti sepatutnya berkisar mengenai misi dan visi jika menang dan meminta sokongan. Bukannya melondehkan kelemahan parti sendiri. Pihak musuh politik sedang tertawa melihat Rafizi gelabah mencari rentak yang hilang sebagai seorang ‘Raja Formula’.

Tidak cukup dengan tindakan membuka pekung parti sendiri, kesilapan besar Rafizi adalah menggunakan pentas siri kempennya di setiap negeri sebagai tempat beliau menyerang Nurul Izzah dengan isu nepotisma, menghina dengan ungkapan sinis terhadap pemimpin, ketua cabang dan siapa sahaja yang menyokong Nurul Izzah.

Rafizi juga nampak hilang fokus apabila menggunakan masa berkempen membina naratif yang memberi gambaran salah dengan membuat andaian jika Nurul Izzah kalah maka itu tanda ahli parti menolak Anwar Ibrahim sebagai Presiden PKR.  

Ahli parti ingin melihat wajah ‘fresh’ yang boleh membawa PKR jauh ke hadapan dengan idea bugar bagi menutup tanggapan buruk terhadap PKR selama ini yang dilabelkan oleh rakyat sebagai ‘parti kencing rakyat’ hasil daripada formula tidak berpijak di bumi nyata yang dibawa oleh Rafizi.

Itu makanya Nurul Izzah masih mendahului Rafizi melalui misi reformasi yang progresif dan bukannya terikat dengan ‘reformasi nostalgia’ atau ‘reformasi radikal’.

Hampir setiap malam ceramah HIRUKnya berkisar dengan betapa beliau adalah antara orang lama dalam penubuhan parti PKR malah ada penyokong tegar beliau mendedahkan kononnya Rafizi menyokong Anwar sebelum tertubuhnya parti PKR semasa beliau belajar di luar negara(zaman reformasi).

Merosakkan nama baik dan menghakis kepercayaan rakyat terhadap parti sendiri adalah perbuatan yang tidak boleh diterima. Mana-mana parti politik di dunia ini tidak mungkin memilih pemimpin yang sebegini.

Bersambung; Nurul Izzah dan Reformasi Progresif



Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.