Bagaimana Rafizi Pulihkan Kembali Imej PKR Yang Beliau Rosakkan?


Rumusan yang boleh dibuat sepanjang siri kempen pemilihan jawatan parti PKR terutama yang melibatkan perebutan jawatan Timbalan Presiden parti adalah ianya memberi kesan negatif terhadap imej PKR, Jawatan Kuasa Pemilihan Parti dan juga Anwar Ibrahim sendiri.

Nama Nurul Izzah sememangnya menjadi bahan cemuhan dan ejekan Rafizi sepanjang beliau lancarkan "Kempen HIRUK". 

HIRUK tidak menggambarkan apa yang sepatutnya Rafizi nyatakan - Hidupkan Idealisme Refomasi dalam Ujian Kuasa.

Sebaliknya pentas HIRUK hanyalah medan Rafizi melepaskan geram, membuka pekong PKR, mencipta persepsi buruk terhadap Jawatan Kuasa Pemilihan Parti, merosakkan imej sistem pemilihan digital yang mereka amalkan, menyerang pemimpin cabang sera timbalan menteri dan menteri yang menyokong Nurul Izzah dan dalam masa yang sama mencemarkan nama Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR dan juga Perdana Menteri.

Pembohongan Rafizi tentang perlantikan vendor yang mengendalikan sistem juga telah dijawab oleh Pengerusi badan tersebut. BACA di SINI tetapi Rafizi tetap menyalahkan Dr Zaliha. Itulah sikap sebenar Rafizi yang tidak akan menerima pandangan orang lain walaupun beliau salah.

BACA pengakuan pemimpin DAP mengenai sikap keras kepala Rafizi di SINI.

Anda nilai sendiri bagaimana Rafizi mengamuk dan anda boleh nilai sendiri apa agenda Rafizi sebenarnya.







Anda boleh lihat video-video ceramah Rafizi dan Nurul Izzah di:

TikTok di SINI

Facebook di SINI










Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.