Selamat Bersidang - Zahid Hamidi

 


Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengucapkan selamat bersidang kepada semua perwakilan UMNO dari Cawangan-cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri di seluruh negara yang akan bersidang mulai hari ini hingga 25 Mei 2025.

Menerusi hantaran di media sosial sempena permulaan mesyuarat Cawangan tersebut, beliau menyeru semua ahli parti agar memanfaatkan sepenuhnya peluang persidangan ini.

“Marilah kita jadikan persidangan ini sebagai platform untuk memperkukuhkan perjuangan, memahami cabaran politik semasa, dan merancang langkah strategik agar UMNO kekal relevan dalam landskap politik yang sentiasa berubah,” katanya.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, inilah masanya untuk memperkemaskan gerak kerja, menyuarakan pandangan dari akar umbi, serta memperkukuhkan kesatuan dan kebijaksanaan dalam saf kepimpinan.

“Semoga persidangan ini menjadi asas yang kukuh untuk memperteguhkan perjuangan kita dan terus menabur bakti dengan komitmen serta dedikasi yang tinggi,” tambah beliau lagi.

Difahamkan, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dalam mesyuarat pada 12 Mac lalu telah memaklumkan bahawa persidangan UMNO Cawangan akan berlangsung dari 7 April hingga 25 Mei 2025. Ia akan disusuli dengan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian yang dijadualkan bermula dari 9 Jun hingga 27 Julai 2025.

Seterusnya, Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan pada 20 hingga 23 Ogos 2025.


Comments

VIDEO WAJIB TONTON : Apa maksud DS Ahmad Maslan tentang dia saksi hidup dalam isu Mas Ermieyati

VIDEO PILIHAN : Sahur di "Traffic Light"