Ziarah rakan Ragbi yang uzur : Siapa Lagi, Tok Hameed Lerr…


Bukan sekadar semangat kesukanan tetapi yang lebih penting semangat setiakawan yang begitu menebal dalam diri YB Datuk Hameed Basheer, Pengerusi Ragbi Melaka, mendorong ADUN Ayer Limau ini meluangkan masa menziarahi beberapa rakan seperjuangan dalam dunia ragbi yang kini uzur akibat faktor usia dan masalah kesihatan. Mereka terdiri daripada bekas pemain, pengadil, dan jurulatih sukan ragbi.

Dalam kunjungan penuh makna itu, YB Datuk Hameed Basheer bukan sekadar hadir untuk bertanya khabar tetapi turut memberikan sokongan moral bagi meringankan beban mereka. 

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Tok Hameed, pernah aktif dalam dunia ragbi sebelum berkecimpung dalam politik. Tok Hameed Basheer memahami jerih payah dan cabaran yang dihadapi oleh mereka yang telah berbakti dalam sukan ini. 

Tindakan YB Datuk Hameed Basheer ini membuktikan bahawa persahabatan dalam dunia sukan tidak terhenti di atas padang sahaja, tetapi terus berkekalan seumur hidup. 

Semoga usaha beliau menjadi inspirasi kepada lebih ramai pihak untuk menghargai jasa dan pengorbanan bekas atlet serta individu yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan sukan negara.

Tok Hameed yang turut memegang portfolio Exco Kerjaraya, Infrastruktur Kemudahan Awam dan Pengangkutan sentiasa "walk the talk" dalam menunaikan janji memenuhi hasrat rakyat dalam mengalas amanah dan tanggungjawab.

Semoga beliau terus istiqamah dalam perjuangan.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.