Bagaikan ‘Tikus Membaiki Labu’, itulah sindrom yang dihadapi oleh pemimpin Perikatan Nasional di dalam setiap isu yang cuba dimanipulasi supaya timbul kebencian rakyat kepada Kerajaan Madani.
Apa sahaja yang Kerajaan Madani lakukan, pihak pembangkang tidak menggunakan fakta yang tepat untuk menyanggah Keputusan itu tetapi sebaliknya mengambil jalan untuk mengelirukan rakyat.
Isu yang dihadapi oleh syarikat gergasi ‘Oil & Gas’ milik sepenuhnya bumiputra ini bukanlah satu tindakan meyelamatkan syarikat tersebut termasuk pemiliknya (bailout) tetapi keputusan tersebut adalah tindakan ‘recapitalisation’.
‘Recapitalisation’ merujuk kepada proses menstruktur semula kewangan sesebuah syarikat dengan mengubah kombinasi ekuiti (modal saham) dan hutangnya.
Ini dilakukan untuk menstabilkan kewangan syarikat yang bermasalah atau untuk mengukuhkan struktur modalnya agar lebih berdaya tahan.
Malah ia tidak bermaksud menyelamatkan syarikat dengan memberi bantuan tanpa pulangan (bailout), tetapi lebih kepada menyuntik modal baharu atau menyusun semula kewangan syarikat bagi memastikan ia terus beroperasi dengan lebih stabil.
Tujuan ‘recapitalisation’ adalah untuk memberikan syarikat peluang untuk pulih dan beroperasi dengan lebih mampan.
Wujud perbezaan antara Penambahan modal saham dan Penstrukturan hutang.

- Penambahan modal saham - Pelabur atau pihak berkaitan melabur wang tambahan ke dalam syarikat.
- Penstrukturan hutang – Menukar sebahagian hutang kepada ekuiti atau memanjangkan tempoh pembayaran hutang untuk mengurangkan beban kewangan.
Di dalam isu SAPURA, adakah sukar pemimpin Perikatan Nasional untuk memahami aliran kewangan atau bantuan suntikan modal yang diberikan oleh Kerajaan Madani menggunakan Special Purpose Vehicle (SPV)
Di dalam isu ini Kerajaan Madani menubuhkan ‘Malaysia Development Holdings Sdn Bhd sebagai SPV.
Sebenarnya tidak sukar untuk memahami langkah kerajaan kerana hampir semua dana tersebut disalurkan kepada 2000 vendor atau pembekal SAPURA.
Penyaluran dana ini tidak melibatkan aliran wang kepada pemegang saham asal iaitu 'keluarga SAPURA'.
Lupakah pemimpin pembangkang bahawa ‘keluarga SAPURA’ telah menerima wang dari penjualan saham mereka kepada PNB beberapa tahun lalu?
Mereka bukan lagi pemilik saham SAPURA ketika proses suntikan dana ini berlaku. SAPURA sebenarnya telah dimiliki oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) sejak beberapa lama.
Sapura Energy Berhad menjual sebahagian besar sahamnya kepada PNB secara berperingkat dalam beberapa tahun yang lalu:
2018 – PNB meningkatkan pegangan sahamnya dalam Sapura Energy melalui pelan terbitan hak saham (rights issue).
Dalam proses ini, PNB menjadi pemegang saham terbesar dengan pegangan melebihi 40%.
Proses ini berlaku selepas Sapura Energy menghadapi tekanan kewangan berikutan kejatuhan harga minyak dan beban hutang yang tinggi.
Jadi kerajaan sebenarnya sedang menyelamatkan sebuah GLC dan bukannya ‘keluarga SAPURA’.
Jika kerajaan tidak membantu, ramai vendor akan muflis atau menghadapi masalah kewangan yang serius, dan kebanyakan daripada vendor ini dimiliki oleh bumiputera. Malah mereka juga merupakan vendor kepada Petronas serta memainkan peranan penting dalam industri minyak dan gas di Malaysia.
Penjualan saham ini bermakna ‘keluarga SAPURA’ iaitu Shahril Shamsuddin (pengasas Sapura) tidak lagi memiliki kawalan majoriti dalam syarikat tersebut.
PNB mengambil alih sebagai pemegang saham utama untuk menstabilkan syarikat, yang juga merupakan sebahagian daripada ekosistem strategik industri minyak dan gas Malaysia.
Sukarkah pemimpin pembangkang untuk memahami isu ini?
Dalam Bahasa mudah, ‘keluarga SAPURA’ tidak mendapat manfaat daripada aliran modal ini.
Kenapa apabila isu berkait dengan ekonomi negara, hampir kesemua pemimpin pembangkang menjadikan ahli parlimen Bachok, Kelantan sebagai bahan rujukan sedangkan YB Syahir Sulaiman ini hanyalah staf eksekutif sebuah syarikat minyak sahaja dan bukannya berjawatan CEO atau Lembaga Pengarah atau Pengerusi?
Di kawasan parlimen beliau sendiri, stesen bas Bachok amat daif dan beliau tidak mampu untuk berurusan dengan Kerajaan PAS Kelantan?
Nampaknya Mas Ermieyati masih suka bertenggek menumpang isu. Berhentilah menjadi siber truper dengan menyebarkan perkara yang mengelirukan rakyat.

Comments
Post a Comment