Mungkin kebetulan dan serba serbi berkemungkinan.
Samada kebetulan kerana takut kalah dengan ‘hat trick’ kepada UMNO di pilihanraya kecil DUN Ayer Kuning, Perak atau kebetulan kes terjumpanya duit tunai RM170 juta hasil rompakan bersama timbunan jongkong emas, PAS nampak hilang arah.
Hadi Awang tiba-tiba keluarkan kenyataan bahawa UMNO BN seperti bunuh diri jika terus kekal menjalinkan hubungan dengan DAP.
Sanusi yang terkenal dengan suka berbohong juga tiba-tiba cabar UMNO putuskan hubungan dengan DAP.
Terkini, wanita PAS melalui Dewan Muslimatnya pula menyeru UMNO kembali bersama dengan PAS.
Sebenarnya PAS menunjukkan bahawa mereka tidak boleh lagi bergantung kepada Muhyiddin. Anda rasa kenapa?
Jawapannya: $$$$$
PAS parti yang kedekut kepada ahlinya sendiri. PAS hidup dengan wang dari tin milo dan wang pemimpin hanya untuk pemimpin mengawal kuasa mereka untuk kekal di posisi masing-masing sebagai wakil rakyat sampai mati.
Tambahan pula isu PAS menggelupur minta nyawa dari UMNO ini tiba-tiba sahaja menjadi tidak keruan sejak wang tunai RM170 juta dijumpai bersama timbunan jongkong emas.
Jika nak dikaitkan ketakutan PAS akan kalah di pilihanraya kecil DUN Ayer Kuning di Perak, seolah tidak masuk akal kerana PAS telah kalah sebanyak 5 kali di situ dan kali ini, lumrah sebagai pihak yang sentiasa kalah, PAS tidak mungkin akan tertekan.
Jika tertekan pun adalah kerana ratib mereka sebagai sebuah parti yang popular di kalangan bangsa Melayu tidak seperti yang mereka laungkan.
Penurunan mendadak sokongan Melayu kepada PAS jelas kelihatan kerana pengundi telah sedar bahawa PAS PN menang besar sebelum ini kerana senjata fitnah sahaja dan bukan kerana rekod sebagai sebahagian kerajaan pusat ketika Muhyiddin dan Ismail Sabri sebagai PM.
Mayat, jika dipikul dan diusung akan kelihatan hidup.
Comments
Post a Comment