Muhyiddin Ada Jawapan Kepada Isu Dihadapi Rakyat, Tunggu Bila Berkuasa


Tercatat di dalam Sejarah negara Malaysia Merdeka bahawa Muhyiddin Yassin adalah Perdana Menteri yang paling gagal sehinggakan rakan sekutu sendiri tidak mampu lagi menyokong beliau menjadi Perdana Menteri dan akhirnya jawatan tersebut diambil alih oleh Ismail Sabri.

Antara kegagalan ketara sepanjang tempoh Muhyiddin menjadi Perdana Menteri Malaysia (Mac 2020 - Ogos 2021):

Pengurusan Pandemik COVID-19
Pelaksanaan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang dianggap tidak konsisten dan mengelirukan.

Terdapat perubahan SOP yang kerap dan mendadak sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat dan sektor perniagaan.

Bantuan kepada rakyat pula dikritik kerana tidak mencukupi bagi menampung keperluan rakyat yang kehilangan pendapatan.

Krisis Ekonomi dan Kebajikan Rakyat
Sepanjang pandemik, ekonomi Malaysia mengalami kemerosotan ketara. Sektor perniagaan kecil dan sederhana (PKS) banyak yang gulung tikar.

Walaupun terdapat pakej bantuan kewangan seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan i-Sinar tetapi langkah itu hanya penyelesaian jangka pendek tanpa strategi pemulihan ekonomi yang kukuh.

Krisis Politik dan Ketidakstabilan Kerajaan
Muhyiddin menghadapi cabaran besar dalam mengekalkan sokongan politik, dengan kerap kali berdepan dakwaan kehilangan majoriti.

Isu paling kritikal adalah ketika beliau mengisytiharkan Darurat pada awal 2021.

Langkah ini dikritik sebagai langkah politik untuk mengekalkan kuasa lebih lama. Parlimen turut digantung dan menampakkan Muhyiddin ‘ketakutan’ hilang kuasa dan menimbulkan kemarahan banyak pihak.

'Scheme of things'
Terdapat dakwaan bahawa pentadbiran Muhyiddin memberikan jawatan penting dalam GLC (syarikat berkaitan kerajaan) kepada ahli politik tertentu untuk mengekalkan sokongan.

Kritikan terhadap unsur mengekalkan kuasa melalui lantikan politik turut menjejaskan reputasi pentadbirannya.

Gagal Mengurus Komunikasi dan Persepsi
Muhyiddin dan pasukannya didapati terlalu gagal di dalam aspek pengurusan komunikasi yang kadangkala dilihat lemah, terutamanya dalam menjelaskan keputusan penting berkaitan pandemik dan ekonomi.

Contohnya, istilah seperti “Total Lockdown” yang diumumkan ternyata tidak benar-benar ketat, menyebabkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.

Banyak lagi kegagalan yang akhirnya apabila Muhyiddin dan sekutunya tidak lagi menjadi kerajaan pusat, beliau dan beberapa pemimpin partinya didakwa di mahkamah atas pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Muhyiddin sendiri didakwa atas empat pertuduhan salah guna kuasa melibatkan suapan berjumlah RM232.5 juta dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM200 juta.

Menantu beliau, Muhammad Adlan juga masih menjadi buruan. Beliau didakwa terlibat dalam kes pecah amanah jenayah yang berkaitan dengan projek pendaftaran, pengambilan, dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Muhammad Adlan dan memohon notis merah daripada Interpol bagi mengesannya.

Pihak SPRM sedang mempertimbangkan untuk mendakwa Muhammad Adlan secara 'in absentia' (tanpa kehadiran) jika beliau terus gagal dikesan.

Tiba-tiba semalam Muhyiddin mengeluarkan kenyataan bahawa PN mempunyai penyelesaian kepada isu-isu yang dihadapi rakyat ketika ini, termasuk isu pendapatan dan kenaikan harga barangan.

Anda boleh percaya? Anda yakin tidak berlaku 'Skandal Janawibawa 2.0'

Recap Skandal Janawibawa:
Projek dipercayai tidak melalui proses tender terbuka yang telus, sebaliknya diberikan secara terus kepada syarikat tertentu.

Dakwaan utama melibatkan kemungkinan wujud unsur rasuah, salah guna kuasa, dan pengubahan wang haram.

Individu yang Terlibat dan Pertuduhan

Muhyiddin Yassin
Dihadapkan ke mahkamah atas empat pertuduhan salah guna kuasa melibatkan wang berjumlah RM232.5 juta yang dipercayai diperoleh daripada kontraktor berkaitan projek Jana Wibawa.

Beliau juga menghadapi tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana berjumlah RM200 juta.

Wan Saiful Wan Jan (Ketua Penerangan Bersatu)
Dituduh menerima rasuah sebanyak RM6.96 juta sebagai sogokan bagi membantu syarikat mendapatkan projek Jana Wibawa.
Dituduh meminta suapan berjumlah RM232 juta daripada sebuah syarikat sebagai balasan membantu mereka memperoleh projek tersebut.

Menantu Muhyiddin, Muhammad Adlan Berhan
Disiasat berkaitan projek pendaftaran biometrik pekerja asing yang dikaitkan dengan program ini.
Muhammad Adlan dipercayai meninggalkan negara sebelum dipanggil SPRM untuk siasatan.

Comments

VIDEO WAJIB TONTON : Apa maksud DS Ahmad Maslan tentang dia saksi hidup dalam isu Mas Ermieyati

VIDEO PILIHAN : Sahur di "Traffic Light"