Negeri Sembilan menjadi destinasi seterusnya Program Jelajah Santunan Kasih Ramadan 1446H. Masjid Al-Munawwarah, Panchor Jaya, Seremban dipilih sebagai lokasi keempat bagi program ini.
Majlis berbuka puasa yang dihadiri hampir 1,500 penduduk setempat berlangsung dalam suasana penuh kemesraan dan keberkatan. Selepas berbuka, jemaah bersama-sama menunaikan solat Maghrib, Isyak, Tarawih, dan diikuti dengan moreh
Penyampaian Pampasan Ex-Gratia kepada Komuniti Orang Asli
Seramai 25 Orang Asli dari Kampung Orang Asli Jeram Kedah, Lenggeng, Negeri Sembilan menerima pampasan Ex-Gratia berjumlah RM648,767.00. Pampasan ini diberikan sebagai sebahagian daripada Projek Pembinaan Jalan Baharu dari Kampung Gagu ke Ulu Beranang, yang dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk sekitar.
Pembangunan jaringan jalan yang lebih baik bukan sahaja akan memudahkan perjalanan harian tetapi juga akan membuka peluang ekonomi baharu bagi penduduk setempat. Dengan kemudahan infrastruktur yang semakin baik, kehidupan masyarakat luar bandar dijangka akan menjadi lebih selesa dan sejahtera.
Penghargaan kepada Masyarakat dan Pihak Berkaitan
Program ini turut mendapat sokongan penuh daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sebagai agensi pelaksana yang memastikan segala urusan berkaitan kebajikan masyarakat Orang Asli berjalan lancar.
Selain menikmati suasana Ramadan yang penuh makna, para tetamu juga dijamu dengan hidangan tradisional Negeri Sembilan. Masak lomak daging salai yang disediakan benar-benar memikat selera, menggambarkan keistimewaan air tangan masyarakat setempat!
Program seumpama ini bukan sahaja bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan, tetapi juga sebagai platform untuk memperkukuhkan hubungan antara pemimpin dan rakyat. Semoga inisiatif ini dapat diteruskan di masa akan datang, membawa lebih banyak manfaat kepada masyarakat yang memerlukan.




Comments
Post a Comment