DUN Ayer Limau: Projek Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) Pertama di Melaka


Sejarah tercipta bagi DUN Ayer Limau khasnya dan juga Melaka amnya.

Rumah kediaman dari projek khas yang diberi nafas baharu oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri KKDW, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

DS Zahid memperkenalkan penambahbaikan terhadap PPRS ini dengan saiz lebih luas serta menepati ‘syariah compliance’ kepada 3 bilik serta dapur yang terbina dengan table top.

Dahulunya projek ini dikenali sebagai Projek Perumahan Rakyat Termiskin(PPRT) dan DS Zahid mengambil inisiatif menukarkannya kepada Projek Perumahan Rakyat Sejahtera(PPRS). Malah fokus DS Zahid melalui kementeriannya agar nasib Melayu dan bumiputra dapat keluar dari kelompok kemiskinan.

DUN Ayer Limau melakar sejarah sebagai DUN yang pertama siap dan serah kepada pemiliknya, saudara Noraiman bin Norizan dan kediaman PPRS di Kampung Bukit Apit sebagai penerima pertama di Melaka.

Majlis penyerahan dilakukan oleh YBhg Datuk Razlan Rafii, Setiausaha Politik kepada YAB DS Dr Ahmad Zahid Hamidi serta delegasi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ke DUN Ayer Limau bagi melihat rumah PPRS yang telah siap dibina.

“Dapatlah Saudara Aiman sekeluarga beraya di rumah baru tahun ini” kata Tok Hameed dengan perasaan gembira.

Jika ada yang ingin mengetahui cara untuk memohonnya, datanglah ke JAPERUN Ayer Limau, mana lagi, #poghutAyerLimau lerr.



Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.