Bersahur Di ‘Traffic Light’: Siapa Lagi, Tok Hameed Lerr…

 


Orang Melaka sememangnya tahu bagaimana cara YB Datuk Hameed bekerja. Beliau memang akan turun padang bagi memastikan segalanya berjalan mengikut jadual. Apa yang penting rakyat sentiasa selesa dan terjaga.

Dalam usaha memastikan kelancaran trafik di sekitar kawasan Taman Botanikal, Ayer Keroh, pihak berkuasa telah memulakan tempoh percubaan larangan belok kanan di lampu isyarat bermula tengah malam kelmarin. Langkah ini dijangka dapat mengurangkan kesesakan terutamanya pada waktu puncak pagi dan petang.

Langkah "No Right Turn" ini adalah sebahagian daripada kajian trafik yang dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan untuk mengurangkan kesesakan di persimpangan utama menuju ke Taman Botanikal dan kawasan sekitar Ayer Keroh. Dengan larangan belok kanan, kenderaan diharap dapat menggunakan laluan alternatif yang lebih sesuai tanpa menyebabkan gangguan aliran trafik.

Sebagai Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan  beliau yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Tok Hameed’, beliau sentiasa kelihatan berada di lokasi yang mana kerja-kerja melibatkan portfolionya.


Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, Tok Hameed sentiasa memastikan kerja yang dijalankan oleh pihak kontraktor yang dilantik siap mengikut jadual.


Menurut Tok Hameed Melaka adalah negeri yang terkenal dgn produk destinasi pelancungan maka kemudahan infrastruktur perlu dipertingkatkan supaya pengunjung sentiasa selesa. Malah keutamaan ini untuk rakyat Melaka juga.


- MalaysiaHot


Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.