Bekerjasama Dengan UMNO: Mas Ermieyati Sokong Hamzah Zainuddin?



Dalam pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi sesi 2024-2027, Mas Ermieyati Samsudin menang tanpa bertanding untuk jawatan Ketua Srikandi Bersatu. Beliau menggantikan Rina Harun, yang menarik diri daripada bertanding pada pemilihan kali ini. ​

Mas Ermieyati Samsudin keluar daripada UMNO pada 1 Julai 2018. Ketika itu, beliau adalah Ahli Parlimen Masjid Tanah dan juga bekas Ketua Puteri UMNO. Beliau menang kerusi tersebut dengan tiket UMNO BN.

Keputusan beliau meninggalkan UMNO dibuat selepas Barisan Nasional (BN) tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Mei 2018.

Mas Ermieyati memberikan alasan kononnya keputusannya keluar daripada UMNO adalah kerana kehilangan kepercayaan terhadap kepimpinan parti ketika itu dan demi memberi fokus kepada khidmatnya sebagai wakil rakyat. Namun ada sumber mengatakan beliau diugut kerana ada isu yang melibatkan kewangan?

Beliau kemudiannya menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada 14 Disember 2018.

Selepas meninggalkan UMNO dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM), Mas Ermieyati telah memegang beberapa jawatan dalam kerajaan:

1. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan (2018 - 2020) kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin oleh Mahathir.

2. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) (2021 - 2022)di bawah pimpinan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Menurut sumber yang tidak rasmi, Mas Ermieyati meninggalkan UMNO atas usaha pujukan Hamzah Zainuddin?

Sehingga artikel ini ditulis. Mas Ermieyati tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi sebagai ‘Ketua Wanita PPBM Malaysia’ berhubung percanggahan kenyataan dari Muhyiddin dan juga Hamzah.


Sumber mengatakan ini kerana wujudnya perbezaan pendapat mengenai halatuju antara Muhyiddin yang juga Presiden parti dengan Hamzah Zainuddin, Timbalan Presiden dalam PPBM.

Hamzah memenangi jawatan ini tanpa bertanding dalam pemilihan parti bagi penggal 2024-2027. Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Agung PPBM, dilantik pada Mac 2020.

Hamzah membuat kenyataan rasmi mengajak UMNO “kembali bersatu semula” dengan PPBM di dalam satu program ‘podcast Keluar Sekejap’ yang dihoskan oleh Khairy Jamaluddin selang beberapa hari Muhyiddin menyatakan bahawa PN mempunyai ‘formula’ untuk selesaikan masalah rakyat jika mereka berkuasa.

Percanggahan ketara pandangan kedua pemimpin tertinggi PPBM ini mendapat perhatian seluruh ahli PPBM dan juga rakan sekutu Perikatan Nasional.

Shahidan Kasim di dalam hantarannya melalui platform X menyindir dengan sinis, “Amboi sudah pandai makan sorang. Baru sahaja naik pangkat dah bodoh sombong”. Ramai yang memberi pandangan bahawa kenyataan Shahidan itu ditujukan kepada Hamzah Zainuddin.


Peliknya sehingga kini Mas Ermieyati tidak mengeluarkan kenyataan kerana mengenali Mas Ermieyati, beliau terkenal dengan “bertenggek” menumpang isu untuk popular dan bukannya popular dengan berkhidmat kepada kawasan parlimennya sepenuh hati.

Anda boleh bandingkan peranan beliau sebagai ‘Ketua Wanita PPBM Malaysia’ lebih menyerlah di luar kawasan berbanding dengan aktiviti sebagai ahli parlimen Masjid Tanah.

Di kawasannya sendiri, Mas Ermieyati sekadar membuat program ‘ala kadar’ tetapi di luar kawasan parlimennya, beliau mengadakan program ‘besar dan mewah’. Mas Ermieyati dikatakan sibuk berkempen persediaan pilihanraya kecil DUN Ayer Kuning, Perak.

"Adalaa sekali sekala nampak muka" kata orang Masjid Tanah. "Tu pun program kecil-kecil sahaja dan penerima bantuannya tidak menyeluruh, sekadar ada..." tambah beliau yang tidak ingin namanya ditulis di sini.


MEWAH DAN MERIAH DI LUAR KAWASAN


BULAN PUASA SEPATUTNYA BERADA DI KAWASAN SENDIRI BUKANNYA SIBUK BERPOLITIK

CUKUPKAH HANYA 'MENUMPANG" PROGRAM PEMUDA PPBM?

MANA MAS ERMIEYATIE?

KENAPA MAS ERMIEYATI TIADA DI PROGRAM PENTING INI?







Comments

VIDEO WAJIB TONTON : Apa maksud DS Ahmad Maslan tentang dia saksi hidup dalam isu Mas Ermieyati

VIDEO PILIHAN : Sahur di "Traffic Light"